marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Thursday, September 7, 2017

Cara Mudah Semak Statement HIRE PURCHASE Kereta secara Online

.:Assalamualaikum:.

Tak jawab dose, jawab sayang..hiks

Tadi masa duk menjelajah di laman sesawang , pastu check e-statement bank, terlintas la pulak yang camane nak check statement Areundaun Betsy ek yang aku duk bayar bebulan ek. Lama tak lama dah dekat setahun dah. Pulak tu aku pun risau gak in case jadi pape mane aku nak refer. Dalam banyak-banyak bank yang ade kat Malaysia, kite buat fund dengan Ambank sebab Ambank je yang sudi bagi loan..hahaha. Pastu pulak tak la pulak ade akaun saving kat situ. Tak biase la dengan proses-proses di Ambank ni.

Nak pegi ATM or psysical bank huh semata-mata nak dapatkan statement, tak tahulah bila la lagi memandangkan aku ni ibarat beluncas yang melekat kat daun nan hijau. Selagi tak de benda kacau, no point utk bergerak. Memang sattik kat situ jela.Lebih-lebih Betsy now tak de bersama-sama buat mase sekarang lagi lah malas aku nak ke sana ke mari. Titew rindu Betsy titeww..sob sob.

Jadi, disebabkan malasnya kaki merangkak, jadi otak haruslah pantas menyelesaikan hal yang terbukam dihati. Lantas, jari-jemari mula menari depan lappy mencari maklumat camane nak settle perkara ni.

Yeah, sekelip mata je Google berjaya menyusun info yang dicari. Thanks to this blog sebab tolong sharekan cara nak check statement HIRE PURCHASE kereta kat Ambank.

Tapi memandakan info yang Ayung ni dah outdated sikit sebab post ditulis tahun 2015, so untuk menyambung kesinambungan Ayung yang baik hati ni, kita updatekan cara camane nak check statement HIRE PURCHARE kereta secara online bagi yang buat pinjaman dengan Ambank. Anyway website Ambank dah berwajah baru dah rupanya.

So, all you need is LOVE. No, untuk case ini all you need is hanyalah INTERNET CONNECTION yang best. So, yang mana tak bayar steamyx tu, gi bayar cepat-cepat. Kalau ade U-mobile, pakai je hotspot U-Mobile ;P

Step by step here:

1. Access ke https://www.ambankonline.com.my/ >> Registration





2. Fill in semua maklumat yang berkaitan. Jangan lupa untuk tick security image dan  T&C >> Next


Yang ni jangan lupee..

3. Fill in all the details >> Next

4. Kat Menu Acc. Type to boleh scroll pastu cari HIRE PURCHASE, Masukkan no acc kereta anda >> Next
 








5. Tekan TAC dan dia akan hantar kepada registed phone no anda.


6. Masukkan TAC dari sms yang diterima >> NEXT

7. Registration anda berjaya so, website terus bawa anda ke Mainpage Ambank. So, put your username, pengesahan image dan password dan tadaaa..

8. Kat Homepage ni ada beberapa menu yang boleh diusha-ushakan. Since tujuan kita adalah untuk check statement keta, maka main la kat situ.


9. Perasankan ade 3 submenu yang ada. Tekan mana berkenan. Statement tu jangan lupa untuk download. Mudahla kita nak buat pape nanti.



10. Yang best lagi ada jugak info tentang keta kita


11. Dah puas ati, log out jelah..huhu

Oh ye. Dengan adanya Account online ni kita boleh jugak bayar sini terus, tak yah nak transfer dari account bank lain dah. Jadi jimat masa. Ni tak. Kita wat payment 1HB alih2 4 HB baru masuk. Risau kang kena panalty tak memasai.

donno doncare. Semua ok untuk Areudaun Betsy

Areumdaun Betsy yang meghelip lap lip lap
Ok. Tu jerr dari I. Nak share silakan. Nak copy masuk your blog 100% no way! :P

p/s: Aku ade masalah pasai no phone aku tak register dengan account ni. Ade dua cara nak register sama ada gi ATM machine or call. Aku buat call pasai malas tahap gaban. Even process dia slow skit tapi aku puji la dia punya customer service yang nama Aizat yang serve aku time tu. Nak marah pun tak jadi. Huhu. Ni baru customer service!


Wednesday, August 30, 2017

Ke Langkawilah Kita: Naik Cable Car ayuh!

.: Assalamualaikum :.

Walaupun aku baru balek dari Trip Ke KL menjadi babysitter anak buah aku yang ke #35 aku tetap nak bercerita pasal trip ke Langkawi bersama Keluarga. Huhuhu. Since aku kerja paling jauh, jadi ingat senang ke nak menyelit dalam trip family cenggini. Tak boleh jadi. Aku nak pegi jugak. Naseb baek time tu aku banyak masa terluang jadi boleh la join sekaki.

Dari Kota Bharu, kitorang berkonvoi 4 buah kereta. Start gerak dalam pukul 4 pagi, solat subuh dekat area Rantau Panjang, tiba dalam tengah hari at Jeti Kuala Perlis. Dari Jeti kitorang naik feri ke Pulau Langkawi yang mengambil masa lebih kurang 30 minit.

 Dalam feri membuaslah kami.Kekeke. Abang aku je dah 2 family, kakak aku satu family, kitorang yang bujang ni dalam 5 orang. memang 1/4 feri tu kitorang je.. kekekekeke

Sampai kat Jeti Pulau Langkawi. Hai Langkawi

Tempat menginap di areaPekan Kuah

me and anak-anak buah. Pergh dah besaq da sume..

She is Oo-Dah

Ayuh ke manalah kita.

Inilah tempat yang dituju.

Tunggu turn naek cable car

Mak oiiiiiiiii...tingginyaaa

abe E muka kenaling sampai putoh jadinya jadinya..kekekeke

Sampai area check point pertama. Tengok pemandangan sayup dihujung sana. MasyaAllah

"Hai teropong hikmat, tunjukkanlah aku pasir berdegungggg"

Ke manakah kitaa

Locking our heart here and make it lost
Ustaz Ya sekeluarga. Atau Ustaz Z. huhuhu

geng lantai

Dan mulalah start buat kampung

akan ade yang over conquered

from above

ini pula bini ustaz Ya dan anak-anak. Bini ustaz kakak aku..kuikuikui

Memories.
Yup.. Memang best lah kalau bercuti dengan family. Sebabnya. Hmm.. tak ada specific sebab. Yang penting best.

Saya dah.. anda bila lagi..:)


Saturday, August 19, 2017

ME TIME: Belajar Bahasa Korea di Plaza Korea (KTO Malaysia), Menara Hap Seng

.: Assalamualaikum:.

Annyeong cingu..




 Meh nak sambung citer yang mengujakan nih.. kekeke..Aku tau ramai yang tanya. wah betul ke ni..FOC..wayang je ni..

No No No *gerakjaritelunjukkiridankanan*

YES, aku cakap sekali lagi, FREE OF CHARGE.

bukan je korang tak caya aku pun awal-awal tak caya. Tapi aku yakin Allah memudahkan jalan untuk aku. Belajarkan satu jihad jugak. So, no wonder Allah bukakan jalan. kan.

Kat mana aku belajar Bahasa Korea secara FREE tu. Ni nak cite.

Korang ade dengar tak pasal Plaza Korea kat menara Hap Seng, KL. Alah. Dulu aku penah cite kan. Tula cite yang aku dapatkan kupon percuma & diskaun masa nak gi Korea tahun lepas tu. Discover Korea on Your Way 2016 tu. Haa..tahun ni pun ade gak. Pun aku dah grab DKYW 2017 awal-awal lagi untuk ku and adik-beradikku untuk trip Autumn nanti. Teruja tak. Haha.

Ok,aku lari tajuk. Sekarang baru nak sebenar-benar cerita.

Time tu kan aku duk tgh usha-usha kat mana boley aku teruskan semangat bertekad cemerlang aku untuk memperkasakan BK aku ni. So, last-last aku jumpa website KTO yang telah buka registration untuk belajar BK. Memang KTO ade buat kelas ni, tapi tak sangka pulak time tu ngam pulak dengan aku yang tengah mencari ni. 2 hari lagi tak silap aku registration nak tutup so, aku dengan tak berlengah terus nak register. Harap-harap nasib mengena. Satu kelas at least full 30 orang, maybe aku masih berpeluang memandangkan kelas yang ditawarkan banyak. Ade 4 level. Level 1 untuk beginner. Level 2 intermediate beginner. Level 3 Intermediate. Level 4 advance. Kalau tak silap aku camtu la.

So, aku yang teruja ni register untuk level 1. Tapi time tu aku rasa cam membazir lak kalau register level 1 sebab aku dah ade basic sikit-sikit kan. End up aku register 2 kelas. kekeke. Level 1 & Level 2. Masa dia pun ngam time abes kerja. Berharap lepas la. Aku nak sangat-sangat ni. Tambah lagi free. Kalau tak dapat, aku usaha untuk kelas berbayarlah. Tapi memang naaaak sangat yang ni.Huhuhu.

Berdebar-debar jantungku menunggu result macam tunggu UPU you. Hohoho. Hari-hari berdoa moga-moga terpilih. Hari yang ditunggu telah tiba, so aku tak zabarrr check website KTO untuk tengok nama aku terlist ke tak dalam kelas. Check punya check.. Urmm.. Level 1 cam tak de je nama aku. Ngam-ngam cukup 30 orang. Tak de rezeki ke ni. Lepas tu check lagi Level 2.. Nak nanges dah tak de jugak. Tapi yang peliknya, apsal dalam kelas level 2 nama yang dalam list tu ade dalam lima orang je. sebab katanya at least 30 orang. Hmmmm..




Maka tanpa berlengah aku mencoba nasib lagi dengan menghantar email kepada KTO agar bagi aku enrole masuk Kelas Level 2 sebab banyak kosong lagi.Atk setakat tu je aku siap bagi sebab-sebab lagi yang aku ni memang nak gile-gile enrole kelas tu. Dah macam masuk contest dah gayanya bagi sebab, karang berbunga-bunga lagi.

Tak sampai sehari email aku dibalas dengan ayat "Congratulation you are selected to enrole in Sejong 2B class blablabla..". Lepas tu dapat call dari KTO kate yang aku boleh enrole masuk kelas BK. Wah. Wah. Wah. Aku teruja terharu terkesima! Aku rasa nak muah muah akak KTO tu boleh? ahahaha.. Tima kasih Allah sebab lembutkan hati pengurusan KTO untuk terima aku belajar BK. heee.. Cakap kat Boss belum lagi ni nak dismiss keja awal nanti.

Hai oppa, tiap-tiap minggukita jumpa pun oppa still pilih kakak Song jugak. Sob Sob


Maka bermula dengan itu, setiap hari Rabu,aku akan make sure everything related dengan kerja settle before benda-benda mengarut timbul. Yang dapatku tangkis dapatlah. Bos pun baik hati bagi aku ubah time keja aku dari kul 9pagi-5.30ptg ke 8.30pg-5ptg.Yes!! Bagus Boss aku ni siap kata 'saya tak halang pekerja saya untuk tambah ilmu'.. Gitteww

Bermulanya sesi pembelajaran BK aku secara official. Ke kelas pertama yang penuh mengujakan ever terlewat 5 minit akibat kesesakan jalan raya (KL what do you expect~). Masa kelas pertama, bertemu dengan classmates dan seongsengnim rasa janggal la jugak.

Ape taknya sebab aku sorang je tak amik level 1 kat sini. Rata-rata memang students yang lulus level 1. Rasa berdebar tu wajiblah. Lebih-lebih lagi seongsengnim bertutur 90% dalam BK . English berapa kerat je. Matilah aku. Hoho.Ottokaji? Bolos sajaaaaaa. Yang herannya aku boleh dikatakan paham la apa yang seongsengnim aku cakap. Cuma nak reply tu OOoo..Ne.. je yang spontan kuar. HAHAHA.

Me and Classmates
Uri saranghaneun Park Seongsengnim immida




Dalam kelas tu, I ouls diberikan BUKU TEKS secara PERCUMA (lagi). Aku ni berapa kali dalam hati betul ke ape yang aku dengar ni? Kalau bayar pun aku rasa aku tak berkira.

Belek buku teks, mak aiii. Buya igo (tetiba kuar cakap korea dalam ati)..tulisan dalam buku tu 100% dalam character Hangul. Adakah aku tersilap perkiraan dengan enrole masuk kelas ini?? sob sob sob dalam hati. Seongsengnim siap brief lagi exam besar akan diadakan apabila tamat silibus. Dalam bulan 5. Masa aku enrole ni bulan 1.

Ni lah buku teks Korea yang 99.9% adalah dalam Hangul dari Sejung Hakdang

Erk. aku telan air liur.EXAM? aku? Btw sesi pembelajaran memang best. Sebab seongsengnim akan terangkan dulu ape benda itu dan ini. Lagipun seongsengnim mengajar tak syok sendiri. Dia buat contact la dengan kita, so kita akan more focus la.

Tajuk chapter 1 pun nasib baik aku penah study dalam buku BK yang aku beli tu. So, tak susah la untuk aku kenal character huruf dan baca even tergagap-gagap. Haruslah.Huhu. Yelah sendiri baca bunyi konfident betul sekali dengan sekalian kelas baca bunyi macam mualaf masuk Islam duk mengaji. kekeke.

uri cingu

Seronok tak terkira dengan enrole kelas ni. Tak timbul rasa menyesal langsung even pernah masuk kelas kul 6.30 ptg sebab jalan jem. Dari PJ nak masuk KL what do you expect?

Hari Rabu adalah hari membahagiakan aku biarpun orang lain wordless wednesday. THis one is not applicable to me. Sebab rasa terharu dengan KTO, setiap Rabu aku make sure kelas boleh hadir sbb tak nak take for granted. Free kot. Lagi aku double appreciate. Kalau tak dapat hadir sebab urusan keja (ade time tu aku kena gi site kat Gurun, Kedah) aku akan bagi email siap-siap kat KTO. Pastu sedih sorang diri sebab tak masuk kelas. HAHAHA.

Kelas terakhir Park Seongsengnim belanje Big Apple
Dalam kelas, dari segi pembelajaran aku boleh rasa aku macam slow sikit la sebab terus langkau level 1. Tapi tak mematahkan semangat aku. Aku teruja nak membaca kalau seongsengnim suruh baca (even macam mualaf pun). Best lagi sebab seongsengnim support bagi award gula-gula ke chocolate ke ape ke kalau kita baca. Pastu classmates pun membantu. Dalam kelas aku boley paham seongsengnim cakap aku tapi nak reply tu susah sikit, so yang aku selalu buat bagi reaction lah. cam Chan Yeol selalu buat. hahaha. "Cincayo?", "Oooo", "ajik..", "Ne", "Aniyo", "Cuaheyo" =)

First homework.Not bad for beginner though



Sehingga 5 bulan, aku bertahan. Dari bab 1 sampai bab 12 berjaya dihabiskan sehingga exam berjalan. Pengurusan kelas aku smooth thanks to pengurusan KTO. Yang aku kenal Kak Munirah yang comel dan Hazim yang banyak membantu kitorang.Diorang spoting moting kot.


Ala-ala Tour Guide da aku nih
So, kalau korang pun nak join Kelas Korea di KTO, apa kata jadi member kelab kakikorea kat website KTO Malaysia. Banyak benefits selain belajar BK ni. Nak pegi Korea pun dapat banyak benda dengan diskaun price. Nak join aktiviti lain pun boleh.

Untuk kelas Korea ni, registration maybe dalam bulan 11, so korang be alerted la ye. Ritu aku dapat offer untuk level 3 tapi dek kekangan kerja (sebab aku dah bertukar tempat kerja), aku terpaksa tolak offer tu dengan hati bagaikan dicarik-carik oleh pisau yang tajam..huuu..

Saranghea KTO
Sim kaji..tamat cite belajar BK aku. hahaha

p/s: tak sure kenape setiap kali entri panjang berjela =.='' Harap korang terima seadanya..huhuhu

ME TIME: Aku dan Bahasa Korea Part 2

.: Assalamualaikum :.
Annyeong cingu..


Annyeonghaseyo! Jeoneun yongguk saram ieyo.. aku tulis cara nak baca tulisan Hangul besar tu
 Haa.. ade yang da tak zabar-zabar nak dengar sambungan citer Aku & Bahasa Korea kan. Korang bukannya nak tau sangat pasal tu kan. Tapi korang nak tau camane aku dapat masuk Kelas Korea secara percuma kan..kan..kan.. Hahaha..Busted!

Tapi tak pe. Even korang tak nak tau, aku NAAAK jugak bagitau. Hee.. Kalau korang nak tahu, lagilah aku nak bercerita rancak. sep sikit sebab geng aku. kekekeke

citer dia cani..

Yelah, dulukan masa duk UMS aku ade enrole masuk kelas Bahasa Mandarin, tapi alang-alang Mandarin dan Bahasa Arab aku dah kelaut sebab tak berape nak praktis, marilah aku ikhtiar untuk menceburi Bahasa Korea pulak. Dah pulak tu  Hea Oppa duk melambai tangan jemput aku kat Incheon Airport, haruslah aku perkasakan impian untuk menguasai Bahasa Korea. Dalam mimpi aku la yang Hae oppa tu duk melambai-lambai. Kalau in reality aku pun tak sure ape nasib aku untuk dikenang kalau benda ni sampai kat ELF yang saseang. tak rela oh!

Hmm..lama jugak sebenarnya masa untuk aku amik mood nbelajar BK (Bahasa Korea) ni. Masa 2009 baru berjinak dengan Kdrama + Kpop + Variety Show bagai. Masa 2012 tu pulak berazam nak belajar, tapi hangat-hangat taik ayam je lebih. Download modul BK je, tapi tak study pun. Busy kerja katanya. Time ni duk tengok romanization lirik-lirik lagu Kpop je. Bizi katenya. Masa 2015, masa duk USM barulah dapat pecahkan mood malas tu. Plus ada masa kan. Boleh la celah barang sejam dua untuk study tu.

Start dari situ, aku slow-slow belajar sendiri. Kenal alphabet hangul, grammar sikit-sikit plus cara pronouns. Urm, tu pun aku blajar dengan Jenny seong seng nim kat channel youtube je. ade mase sejam dua seminggu blaja pun jadilah. Kenal sikit sebanyak perkataan Korea, ok lah.

yorobun, insaheyo. yoginan uni Jenny Seongsengnim ieyo. Yeppoeun seongsengnim.
 Berkat semangat bertekad cemerlang yang inilah kita mahu. Kalaulah aku apply time duk uni dulu, ade four flat ni.kekekeke. ok. (buat muka).

Berkat semangat bertekad cemerlang yang inilah aku berjaya survive di Seoul..Kekekeke.. suker nau bile ajumma ajushi puji titew " Hangul caranea.." biarpun cakap berterabur ku rasa..kekeke. (orang lain pegi korea tak reti cakap Hangul pun bley survive je kat sana *Mata keatastangankatbahu*).

Ni Hangul numbering system. Ade 2 jenis.

Papepun, aku rasa teruja dan hepi bila mana aku rasa yeah, inilah bahasa yang aku rasa perlu perkasakan selepas BI. Biaq jadi bahasa ke-3 utama ku rasa. Mandarin aku biar terkuburlah dulu.bai. Kita dah tak serasi. Bahasa Arab tu stay guna la kan sebab bahasa al-Quran..hee..

So, balik dari Korea, semakin teruja untuk teros belajar dan belajar dan belajar BK. Even orang dah start *matakeatastangankatbahu* sebab maybe diorang rasa aku da over sangat kot. tapi itu tak mematahkan semangat bertekad cemerlang aku. Aku siap beli BUKU BK kot nak belajar..pakai Baucer Buku 1 Malaysia kot. Literally aku dapat FREE la kot.  Malaysia tanah tumpah darahku yang bayar kot.Semangat dia haruslah lain macam. Barang free kita kena more appreciate. Kena belajar bersungguh-sungguh. Kot la gi second time jumpa jodoh *batuk-batuk*

Tima Kasih BB1M. Beli buku nipakai 2 keping BB1M nau
Maka, belajarlah daku bersungguh-sungguh lagi. kali ni aku tak refer Jenny seong seng nim dah. Totally from buku BK yang aku beli tu, lagipun ade audio. Aku install masuk dalam Vivo so, boleh dgr Speaker cakap mende. kekeke.

Masuk 2017 ni, semangat aku kemain menjadi lebih jitu. Aku rasa aku nak amik kelas BK. Belajar secara formal. Bertentang mata, berinteraksi dua hala dengan seongsengnim. Bukan ape, mane ade orang belajar sorang-sorang tanpa guru. Boleh jadi sesat. Papepun guru is must. Individu yang boleh betulkan salah silap kita. kan.kan.kan

Aku try usha-usha kat mane aku boleh dapatkan kelas BK dengan harga yang berpatutan. Tentu sekali kat KL ni byk tempat yang tawarkan khidmat belajar BK kan. kan. kan..

Cari punya cari, jumpa jugaklah kelasnya tu. Harga pun boleh tahan. Satu sem RM6++. hmm.. mampukah daku?..hmmm..

Kemuncaknya. Jeng jeng jeng. aku dapat enrole kelas BK secara percuma. APA? PERCUMA. FOC. tak caya?..haa.. nanti next time aku cite lagi.. eh.. ade lagi sambungan??Haruslah..~

Ha.. teruja la tu. siap da abes satu sem aku blajar kat situ dengan seongsengnim yang baik hati.

Haa.. sila jelous. ekeke..

Post PART 3 ni aku buat dalam masa yang terdekat k? ala, jangan la majuk. Kate nak jumpa Lee Jae Suk Oppa nanti. Tahun ni dia tak pegi military lagi. Ade chance lagi jumpa dia ni. Kekekeke..

Stay Tunee..

Show off sikit dapat cert level 2




link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...