marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Selasa, 21 Jun 2016

Nice memory to remember at Seoul part 1


.: Assalamualaikum:.

Banyak kot memori dan pengalaman yang aku rasasenyum sorang kalau ingat balik masa travel ke Korea Selatan ni.. sebab pengalaman yang dilalui ni aku rasa aku pulak duk dalam drama korea..bhahaha..cuma watak utama tu bukan aku la.. Siyesly, datang sini.. tetiba ni keluar bercakap Hangul tanpa disedari.. maybe sebab dengar persekitaran yang cakap bahasa yang familiar.. but Hangul aku tak de nya deabak pun..sekadar yang basic-basic jer..kekeke..

btw..entri ni aku nak simpan memori yang aku dapat masa kat sana.. biar lengkali aku remind balik.. aku igt lagi suasana masa tu camane.. persekitaran yang camane.. dalam masa yang sama, ak nak kongsi jugak dengan korang tentang culture orang sini..

moh bace moh..

+++++

Masa  ni aku ngan Aniem nak gi check in kat FNSQuare Guesthouse. Masa tu actually da malam..janji dengan tuan rumah GH ni kitorang janji datang malam skit..dalam pukul 8 something.. berpisah dengan bebudak ni yang nak naik train ke Busan. Aniem lead jalan.. sebab aku pening-pening tak reti subway Korea.. kalau KL aku teror..haha..

Masa da sampai stesen Apgujeong, kitorang lost direction nak ke GH tu.. dalam gelap malam, dalam keadaaan sejuk bersama 14kg luggages yang berat oh.. aku rasa tak kuase gile nak berjalan.. AKU ngan ANIEM je..kat sepanjang jalan tu.. memang takde orang dah time ni..

SESAT!.. tak dapat track peta yang GH tu bagi..jalan punya jalan.. sampai kat area macam sekolah, sama ditulis kat peta tu.. tp.. location kitorang sekarang x dapat kesan kat mana.. Aniem da give up.. aku nampak ade orang Korean kat  depan hmm.. tak sure kedai barber ke kedai baju (lol!otak tak dapat berfungsi dengan baik..adeh)..

Aku approched  orang Korea pertengahan umur tu. Seorang Ahjumma.

"Chesoheyo, igo odiso?" Tanya aku dengan Hangul tak seberapa sambil tunjuk peta kat tangan..

"Yogi gueste housee issoyo?" Tanya aku lagi nak dapat perhatian ahjumma tersebut..


Peta ni la lebih kurang..tapi yang aku dapat tu,, lagi teruk nak tafsirnya..

"Igo.." sambil ambik peta tu, nak tengok. Macam blur dia pun tanya orang dalam kedai tu.. Keluar seorang ahjushi menolong untuk memahamkan peta tu.. lama dia berfikir.. tak tau nak kata tau ke tak tau..

Aku cuba tarik perhatian dia lagi dengan tunjuk logo Walkwogen yang dijadikan landmark kat peta tu.

"Walksegogen igo,odiso?" gaya cakap dah ala-ala local Korean dah aku pun dalam cuaca sejuk-sejuk ni..

Akhirnya ajushi tu bersuara, " Kego.. " berfikir sejenak.."anbuyo.." sambil tenyeh mata dia.."wenchoguruh.." sambil tunjuk ke arah depan.

Aniem dah memang jalan ke depan da pun sebenarnya. Peta masih ditangan ajushi, tapi nampak Aniem da semangat bergerak, aku pun cepat-cepat nak ikut dia..tapi beg ak pulak jauuh kat belakang aku parking..huhuhu..

Muka ajushi tu dah semacam, lama dia berfikir, dia mengomel something yang aku tak paham kat ahjumma, tapi tengok cara dia tu macam dia nak teman kan kitorang pegi kat sana dengan selamat.

"Kamsahamnida.." kata aku sambil nak berjalan menuju ke arah beg.

Maka ikotlah ajushi itu bersama-sama kami menyusuri gelap malam yang dingin itu.. sambil ajushi tu duk terangkan area kawasan ni.. aku tak berape nak paham.. tapi aku ngan Aniem "ne" je la.. nak cakap banyak-banyak ketandusan vocab.. ajushi pun naseb baik cakap vocab yang senang-senang, dapat la pick up skit-skit..

Beg aku tiba-tiba tergelecek tayar pastu rebah. Cepat-cepat aku cuba bangunkan beg tu..tapi agak degil jugak ini beg..maybe sebab aku pun da penat dan kedinginan.

"Gwencana?". Tanya ajushi nak menolong..
"Gwencana, gwencana". Cepat-cepat bangunkan beg tu. Aniem ngan ajushi aku suruh gi jalan depan dulu sambil aku betulkan beg.. Masa aku terkebelakang tu, ajushi tanya Aniem buat apa datang sini.. sejuk lagi.. malam lagi. bahaya..

Actually dia concern kat kitorang. Dia bercerita lagi yang dia ade anak lelaki muda dari kitorang kat Vietman, sebagai ayah dia pun bimbang kalau anak dia berjalan cenggini malam-malam.. dan kami pun berhuhu..naseb baik nak dekat dengan walkwogen punya kedai..tak sempat ajushi tazkirah panjang lebar.. =="..

(Even dia cakap dalam Hangul, tapi yang pelik kitorang paham, cuma nak reply je susah..kekeke)~

Sampai kat hujung jalan, kami cakap kamsahamnida kat ajushi yang bersusah-payah temankan kami, dia kalau boleh nak hantar sampai jumpa GH tu, tapi kami insist cakap gwencana.. gwencana kitorang cari sendiri sbb da jumpa da landmark yang terpenting..berpisah dengan ajushi tanpa sempat buat baik cukup melekat di hati.. Aku arap ajushi sentiasa dalam keadaan yang baik dan ingat kat kitorang lagi.. mane tau jumpa lagi lepas ni.. (macamla aku boleh cam muka orang dgn elok..huhuhu).

kalau ikutkan peta.. lepas jumpa Walkwagon punya kedai tu, location GH dekat dah.. cuma kena lintas jalan (6 line jalan raya, korea ni~).. nasib baik ade zebra cross.. laju kitorang seret beg sambil berlari anak. sampai seberang, katanya peta tu, masuk lorong tepi stesen minyak adalah GH tu.. tapi malangnya,dah masuk ke dalam lorong tu,tapi tak jumpa pun GH yang mirip FNSquare tu.. siyes tak de.. yang ada kanan kiri, kedai yang dah terkatup rapat yang langsung x de pun dalam peta tu..ha sudah sesat lagi..

"Kak Da, kita sesat da ni". Aniem menyedarkan keadaan kitorang sekarang ni.. a ah memang sesat da ni.. mmg tak tau da kat mana.. try pusing balik ikut arah yang peta tu tunjuk.. memang tak sama depan apa peta tu pun.. haa sudah.. tapi kami terus kedepan sebab, area tu sunyi dan gelap, lampu jalan pun tak de.. sampai jumpa cabang empat..sudah, nak wat cane ni..kedai yang ade mmg tutup.. hanya lampu kaki lima kedai yang memberi cahaya kat area situ....

Nampak keadaan Aniem yang da abes energy, ak tak bley la nak layu jugak, so aku suruh Aniem duk situ tgk barang-barang, sementara aku try carik jalan.. jalan kat depan sikit, aku ternampak seorang lelaki dan seorang ahjumma..laki tu kire dalam lingkungan 28-35 camtu..anak beranak kot, desis hati aku..

"Cogi..yo.." aku tengah ketar-ketar plus takut-takut nak bertanya..
"Guesthouse issoyo? FNSquare Guesthouse? Ara?.." siyesly aku pun tak perasan aku bercakap Hangul time ni..Kalau dengan ajushi ahjumma tak pe la nak cakap Hangul, tapi dengan oppa hensem depan mata ni..rasa malu la jugaak..haha..

Dia cam confuse seketika..rasa dia ade cakap obso..tapi aku tetap approach lagi sebab da terdesak ni..hahaha..aku tunjuk peta.. for sure diorang tak paham peta tu..lagipun ntah budak memane datang approch kan.. pastu oppa tu pun tunjuk handphone dia..

"Where is the place?.." skali dia speaking daa..dia nak search agaknya..
"QNSquare, Apgujeong" jawab aku . Yakin.

Dia tunjuk handphone dia kat aku, carian tak de pong!..haa sudahhh..
sekali aku tgk QNSquare bukan FNSquare..
Sekali lagi dia type..tapi carian gagal lagi..

FNNsquare pulak yang di search nya..=.='..

Tapi bukan salah dia pun sbb aku hentam taram je sebut..last last dia tgk peta aku bagi tu.. FNSquare dia type.. baru kuar ..biyaaan oppaa..kate aku dalam ati..

Lepas kuar carian tu.. dia tanya omma dia..omma dia mcam tau je kat mana tempat tu..omma dia semangat jalan dulu.. tinggal aku ngan oppa...kekekekkee..

Awkward moment jap..(aku la..haha..sebab terserempak dengan jodoh katenya)..pastu omma dia panggil sebab da jumpa lorong yang sepatutnya kitorang pegi..

Terus jalan ke tempat omma, sambil tu beramah mesra dengan oppa jap.. dia tanya dari mana?..nak ke mana?..buat ape??..dia siap bagi tau dia duk area sini-sini je..

Tapi aku tak bahasakan dia oppa la.. kemain hang nak beroppa-oppa..kang tetiba oppa cakap no na dongsaeng aniya..malu nanges sedu sedan celah dinding kedai kang..Sekali duk berbual..lupe lak Aniem duk menunggu seberang jalan..

Terus aku menjerit kat oppa tu tiba-tiba cut amende dia duk cakap ntah.

"Cakammal. Cingu" sambil tunjuk kat arah Aniem. "My friend at there..cakammal".. pastu berlalu pergi kat tempat Aniem..

"Jom Nim.. Kita da jumpa GH tu"..Ajak Aniem cepat-cepat.. Oppa ngan omma duk tunggu habaq hang.. dalam sejuk lagi ni..cepat-cepat gerak ke arah oppa tu..masuk je simpang kecik.. jalan depan skit.. akhirnya jumpa FNSquare Guesthouse. punya lah senang nak cari (kalau tau nama jalan tu la)..

Oppa cakap..haa..ni dia da jumpa..dalam BI..kalau dia cakap BM memang aku  wat balik oppa ni ke Malaysia sebagai cenderahati kat mak ayah aku..kuikuikui..behave sikit Da..haha..

Lepas cakap kamsahamnida dekat oppa nga omma, diorang berlalu.. ingat nak amik gambar kenangan..tapi sebab malam gelap gelita + sejuk membungkam ak tinggalkan angan-angan aku berlalu dalam keciwa..sambil melambai-lambai ke arah diorang..hahahha..

 Masa duk jalan tadi terlintas nak bagi energy bar dalam beg kat diorang sebagai ucapan tima kasih..tapi lepas jumpa GH teros lupa ingatan..

aigo!

Jumpa lagi oppa omma.. annyeonghae jumuseyo..

Maka..memboloslah kami kedalam FNSquare untuk check in.




 Kutip dalam blog orang sebab tak amik pun gambar GH ni..


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...