marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Ahad, 18 September 2016

#KeKoreaKita:Review Nungmaru Guesthouse, FNSquare Guesthouse, 24 Guesthouse Premier

.: Assalamualaikum:.

Masa duk kat Seoul ritu, kemain aku berpindah randah GH. Saje. Baru thrill sikit backpacker nubis walaupun duk mengheret baggage memalam dalam dingin sejuk bawah 3 darjah selsius. kau mampu? *nak nages* 

Beg dua je.tapi berat nauzubillah
Actually masa duk berbincang sebelum ke Seoul tu, kitorang sepakat membawa berkat untuk book dua GHs je. Yang menjadi idaman kalbu adalah Nungmaru GH yang berada kat Myeongdong dekat dengan Namsan Tower. Yang second pulak dekat Agpujeong di FNSquare GH ingat nak bergangnam style kat sane sebelum balik Malaysia. Kot-kot boleh skodeng oppa. Erk.

Tapi tu masa duk merancang la. Alih-alih masa kejadian, sebab tak puas hati ngan condition second GH ni, malam tu jugak I decide ngan Aniem untuk book 24 GH kat Seoul Station. Tak puas ati pasal ape. Nantikan ceritanya bersama wartawan #KKK, Nikki Ada sebentar lagi. Gaya kemain wartawan na. Hahaha.

Kenapa kitorang decide sampai dua GHs masa plan itinerary? Ade yang bertanya jugak tu.

Kitorang ke sana termasuk tempoh perjalanan dalam 7 hari jugak lah. kat Korea dalam 5 hari full gitu, perjalanan pegi dan balik 2 hari. So, nak tak nak,kita kena pikei the best way nak perform solat. Kate nak gi as musafir, masa ni lah nak apply segala ruksah(kelonggaran) yang Allah bagi as musafir kan. Tapi kalau gini gayanya macam tak leh solat jamak qasar lak kan kalau dah lebih dari 3 hari ni. Bley solat jamak je la ni kalau camni gayanya.

So, alang-alang dah jadi musafir, ape kata jadi musafir tegar dengan amik 2 tempat stay yang jauh-jauh. Sane 3 hari, sinun 2 hari.  Haa.. jimat masa, solat pun boleh perform dengan sempurna.

Kena ingat tempat kita nak pegi ni bukannya senang-senang nak ade surau ke ape ke. (Naseb baik Pulau Nami ade surau.Hiks). Lagipun, kalau dah pegi berjalan tu haruslah tak cukup masa kan. Pastu musim yang kita pegi ni akhir musim sejuk. Kalau ingat suhu tu cam duk Cameron Highland, memang silap lah korang. Beku cam aku la nanti tiap kali nak amik wuduk..kekeke.So, the bestest way, kita amik dua GHs teros senang. Solat jamak qasar bley buat, merasa tempat baru pun dapat, masa pun dapat dijimatkan. Senangkan. Hiks.

So, dengan booking dua GHs ni, dapatlah kitorang melakar itinerary dengan penuh perasaan, feeling dia memang dah sampai Seoul dah masa tu biar pun baru duk rancang iti. Duk searching, Incheon Airport duk kat mane, jauh ke tak dari Seoul Station, Myeongdong tu kat mane. Agpujeong tu celah mane. The best feeling ever! Owh. The one who incharge iti akulah! hahaha..

Masa diskus dengan kanak-kanak rebina ni, memula nak amik 24 Namsan GH yang kaler kuning, tapi check-check harga kat booking.com,  Nungmaru GH tengah buat promosi kaw-kaw di suatu tarikh yang memang kitorang punya travel date. Nice Husna!..Angkaat! Siyes jimat banyak. I suka.

Nungmaru GH



Stay kat Nungmaru GH selama 2 malam (siang gi jenjalan..huhu). Dua-dua malam best. Owner dia baik, ramah tamah, layan je bebudak ni. Huhu. Sebab dia tau we ouls dari Malaysia, so dia bagi PIC  sorang kat kitorang budak cina Malaysia yang bercakap melayu. Sin Chan namanya, tak sure nama betul ke nama timang-timangan. Study kat Seoul Uni rasanya. Lupe dah. So, senang ade budak Malaysia tulun translate kalau kita nak pape, or owner nak bgtau pape.

Lokasi Nungmaru GH adalah kat Myeongdong. Kitorang tiba kat Myeongdong masa tu malam sikit, suhu dah jadi saaaangat sejuk. Semua pakat culture shook. Rasa cam jauh gile Nungmaru GH ni. Padahal lokasi dia 5 minutes je dari Myeongdong Station, exit 1 (rasanya err).Kuar exit tu, ke kiri, kanan, straight menyusuri jalan raya belah kanan, sampai jumpa lorong, masuk lorong tu,jumpa 24 Namsan GH, straight lagi haa situlah Nungmaru GH nya. senang je.

Interior kat kaunter Nungmaru
Sebab yang Husna book tu adalah jenis small aparment, jadi lokasi apartment tu jauh skit (belok kanan dari lorong Nungmaru GH). Lepas check in kat reception counter, Owner dan Shin Chan tunjuk jalan ke apartment ouls. Comel apartment tu you. Rasa nak duduk je kat situ lama-lama. 

Pintu umah
Depan pintu masuk Nungmaru Aparte. Teringat lak kejadiaan malam first sampai sini.
Best. Best.Best!
Bilik 3 buah, 1 toilet, dapur.

Setiap bilik ade double dacker dan katil single. Ada TV. Almari kat luar. Bilik agak sempit,jadi luggage korang tu letak kat luar je lah. Tak pun atas katil. Almari ade kat luar klu nak unpack barang. Solat kat luar boleh, kat dalam bilik  x de space. huhuhu.

Toilet luas, for sure tak de pili air tapi apabila berhajat boleh je tarik shower tu sbb tail dia panjang. Shampoo n shower cream disediakan. Satu nasihat aku, time mandi tu kalau boleh jangan bagi air terpancut sana sini. Nanti tak pasal-pasal menitis keluar. Jangan tak tau, lantai rumah korea ade termal. Dan termal tu pulak pakai letrik. Air campur letrik memang kombinasi terbaik la untuk korang shook berjemaah dalam umah tu. So, sebelum menjadi tragedi oktober, aku nasihat awal-awal. Oh ye. Towel memang di sediakan. Cuma saiz dia memang baby saiz la. So, nak selesa bawak sdiri.

Dapur comel. kiut ngat. Peralatan masak ade. Mini fridge ade. air bersih ade. Sejuk, panas, suam sume ade. Periuk belanga in case korang nak masak ade. Rice cooker pun ade.

Apartment ni seswai sangat untuk didiami kalau bawak geng ramai. Boley wat cam umah sdiri. hiks.

BTW. Dia x de lift tau. Apartment ni tingkat dua je (ke? lupa da). Jangan risau barang berat sebab owner ni tulung bawakkan. Dia sumbat luggage dalam lift barang. Korang jalan je panjat tangga tu. Rasa tak larat, suh je la owner tu dukung kan. Kalau tak malu. Nge..

Aku suka tang apartment ni sebab bley fefeeling citer Korea..Huahahaha. Lampu coridor dia bukak sendiri dan tutup sdiri, sebijik cite Korea. Pastu pintu umah dia style pakai passcode. Kerlas gittew. Lupe code, meraung la kat luar sengsorang. Hahaha.

Masa booking ckp tak de breakfast, tapi pagi esoknya pekerja dia bawak susu dan roti bagi kat kitorang. Eh.. baiknya.

Pastu lagi, masa dah check out,kitorang request nak tinggal barang kat situ jap, kita amik nanti lepas abes main. Pastu rombongan ke Busan memang nak tinggal situ sampai ari balik Seoul. Owner dia baik ati bagi letak. FREE OF CHARGE. Rasa nak amik owner dia dan sekeluarga buat famili angkat. Silap-silap bley duk apartment free. Sajangnim, adel issoyo? Ehh.

Ramai sebenarnya orang Malaysia yang suka GH ni. Hari tu terserempak dengan rombongan cikgu-cikgu pencen, menginap kat Nungmaru jugak. Masa aku check out ritu pun, kat ruang tamu penuh dengan warganegara Malaysia. Confuse jap aku ni dah balik Malaysia tanpa naik flight ke? Ngee..

Pendek kata aku bagi 4.5 bintanglah untuk Nungmaru GH secara overall. setengah bintang lagi tu sebab tak de washing machine. Kalau ade washing mashine complete 5 bintang Nikki Ada bagi. huhuhu. 

Lebih detail, check Booking.com tau. Sebijik!

FNSquare GH

Untuk second GH ni, aku ngan Aniem pilih kat sini sebab khabarnya dekat dengan Gangnam Station. Dekat ngan Gangnam, dekat jugak dengan oppa dan dongsaeng SM Town aku. Sementelaah itu aku inginkan berada di Gangnam barang sekejap dua untuk merasai hiruk pikuk bandar metropolitan kelas pertama nih. Sambil tu, ade la jugak niat kot-kot bertembung dengan Lee Dong Hae Oppa kot-kot boleh throw mini heart kat Hea oppa dia terus jatuh cinta pandang pertama dengan aku, kahwin dan dapat la aku merasa hidup di kampung halaman oppa.Erk.Panjang rupanya angan-angan ni. Angan-angan je. Cane nak bertembung kalau kawan tu duk military tak complete dua tahun lagi. Ngee. Kalau camtu kot-kot bertembung dengan uri dongsaeng EXO best jugak. Tak yah perasan sebab, time ni EXO datang Malaysia. Sooooobb~

Ok. Kembali kepada cite review kite. Haa.. Korang da baca entri ni kan. Ni sambungan dia. Nak review berdasarkan hati dan sanubari aku, aku rasa cam kejam. Tapi benda owner GH tu buat kat aku ngan Aniem lagi kejam. Dah la kitorang anak perantauan berwarganegara Malaysia.Same cam diorang.Isk.

Dengan niat,kita patut sokong barangan buatan Malaysia, lantas mintak Husna bookkan FNSquare GH untuk we ouls berdua. Lepas book tak usik-usik dah selama sebulan dua camtu. Dengan ini merasalah menyokong orang Malaysia diperantauan, niatnya. Even iti ada buat rombakan sana sini, perasaan kami untuk stay di FNSquare tetap utuh dan teguh.Yelah nak support orang kita untuk bisnes katenya. Lebih-lebih lagi tengok KekNis pun stay kat sini masa honeymoon diorang ke Korea. Best lew tew. Lagipun bilik-bilik yang disediakan nampak best je, gebu je katil, bersih je tandasnya. Yeah..aku tak sabar untuk ke FNSquare.Tengok betapa aku menyokong barangan buatan Malaysia even di Korea.

Tapi sayaaaaaaang~..

Pada hari kejadian, aku dan Aniem dapat bilik yang langsung tak best! Langsung! Masa berpisah dengan geng ke Busan, Husna wassap bagitau kat owner GH tu yang kitorang sampai lambat skit dalam kul 8-9 mlm cenggitu. Biasa check in kan kul 2.00 ptg. Baik ati bagitau, kalau tak terjah masuk je kan lantaran dah booking, tapi, bcoz we ouls Malaysian, konon nak beradab mulialah bagitau nak datang lambat skit. Padahal same masa je time check in kat Nungmaru.

Sekali owner tu reply, dia tak de kat GH skarang, outstation, tapi ade je staff dia kat sana. Dia gtau bilik kitorang kat underground attached ngan rumah owner ni. Emergency katanya so, diorang put we ouls kat bilik tu. Owner dia siap say sorry sbb ade sampah yang tak sempat buang td. Aku da tak sedap ati dah. Terasa cam nak menumpang umah orang la pulak gayanya. Tapi misi ke Apgujeong perlu diteruskan. Tengok cane GH tu cane, kot owner dia nak polite la gtau kite cenggitu kan.

Dari masa mula-mula sampai ke Gangnam Station ke FNSquare tu pun dah macam-macam rintangan dan halangan dihadapi disebabkan peta yang diberi tak tepat. Belum tambah dengan beg berat dan cuaca yang sejuk. Yang wat hati lega pun sebab ade ajushi ngan oppa sudi tolong. Kalau tak, hade yang masuk paper esok 'Dua Budak Malaysia Kesejukan di Gangnam Sebab Tak Jumpa GH. aaaa..tak nak. sejuk. 'Guesehaouse obta,dul ge Malaisiya saram jugoseumida' ok, seska ati aku translate dalam ayat Korea~

Lega jumpa FNSquare dalam kepekatan malam, masuk dalam, jumpa dengan receptionist. Budak Malaysia gak. Student kat uni mane tak ingat dah. Huhu. So, dia kabo la bilik we ouls kat underground GH, bayar ciap-ciap sume, lepas lelah kat sofa jap. Ingat nak gi lah masuk ke bilik. Tanya receptionist tu err underground tu kat mane, rupanya kena kuar dari GH. Leh aku mati-mati ingat underground tu dalam GH ni jugak. Dia bagi passcode rumah dan password WiFi dan esok breakfast datang makan kat sini.

Muka orang sebelah memang penat habes dah. Aku penat gak.
Sekali lagi bersejuk-sejukan lah we ouls untuk ke bilik kami. Menyusuri kaki lima GH masuk pagar besi, dalam kegelapan malam sebab dia tak pasang lampu koridor, masuklah we ouls ke rumah tu. Aku perasanlah ade selonggok dua sampah kering yang owner tu cakap tu. Ok je sebab da penat nih.

Harapan masa ni adalah bilik we ouls ade toilet, bersih dan selesa sebab dah penat gile dengan kaki sakit. Ingat nak makan megi, mandi dan tido je sekarang ni.

Selepas berjaya membuka pintu dengan passcode yang diberikan, aku dan Aniem da rasa pelik, seriusly ni bilik yang diberikan. Seriously? Kasut tuan rumah tak sah dicerita, bertimbun banyak, siap ada bau kasut yang mengancam lagi. Well, underground kan, korang imagine la bau dia cane.

Bukak pintu second, siyesly macam rumah orang tinggalkan dalam keadaan tergesa-gesa. Dalam umah tu ade tiga bilik, dapur dan kat luar selepas pintu first tadi ade toilet. Punah harapan dan impianku kerana langsung tak ade ciri-ciri bilik impian dan  aku ngan Aniem pun tak sure mane satu bilik kitorang. AKU INGATKAN BILIK YANG KITORANG STAY TU ATTACHED DENGAN RUMAH OWNER, sekali dalam rumah owner.

Misi menjejak bilik kami bermula sebab number bilik tak de, kunci bilik pun tak bagi. First bilik, Aniem bukak pintu.Bilik tu agak tak kemas lah, tak terasa macam tu GH. Katil queen saiz, dan ada make up table. Tapi tak de baju ke ape ke. Second, aku tak tengok sebab Aniem cakap bilik tu siyesly cam kapal pecah. Dan bilik third, macam bilik tuan rumah.Hmm. Kena main puzzle mencari jejak bilik ke ni? So decide tuk duk bilik first tu lah. Macam bilik tetamu sikit rupanya.

Well, seriously ni ke rupa bilik guest di FNSquare? Tanya aku ngan Aniem. Dalam gambar lawa nak mati (mohon rujuk blog dia), alih-alih kitorang dapat teruk nak mati! Dengan bau aneh lagi. Dengan penat lagi. Tu tak cite kronik dapur plus toilet lagi.

Siyesly aku kena share toilet dengan tuan umah? Tuan umah dia orang yang dah berkeluarga kot. Ade suami ade anak-anak (ke?) aku kena share toilet dengan lelaki? Siyesly? (toilet kotor!).

Sejenak aku berfikir masa guna toilet itu adakah ini keadaan Sirius Black lepas lari dari penjara masa dia kembali ke rumah dia. Kalau korang baca buku Harry Potter, J. K Rowling selalu ade describe pasal bau umah lama yang lembap. Beginikah detailnya? Keadaannya? AKU BENCI KAT KORANG YANG REVIEW ELOK-ELOK PASAL GH NI. hukhukhuk. Aku insaf. Aku tak benci.Aku tau aku yang naif dalam membuat perhitungan.

Kronik gile aku rasa masa tu. Aku dah berfikir untuk stay sini malam ni je. Kalau ade GH kat sebelah, aku rasa nak pindah je. Series.Tak tipu.

Lepas mandi, aku berhajat nak basuh baju, lantaran masa booking tu dia stated ade mesin basuh. Antara reason kenapa aku nak stay sini adalah mesin basuh.Berhari-hari duduk Korea, malas nakpenuhkan beg dengan baju busuk. Tapi mesin basuh yang ade kat umah tu rosak. Apekah? Siyes aku tak puas ati. Tapi aku nak basuh baju jugakk. Tak kire.

So, aku pun dalam sejuk nek balik ke GH tu kot-kot ade mesin basuh kan. A ah. Nasib baik ade. Tapi ade budak tengah guna. Orang Malaysialah. Sambil tunggu turn aku guna mesin tu, aku sembang la dengan budak tu, tanya bila sampai, bila balik. Ah sembang-sembang kosong. Dia datang dengan family, GH ni lebih kurang full dengan sedara-mara dia lah dari atas ke bawah (Oh ye, GH ni 3 tingkat tapi tak besar pun) Sekali aku pun tanya, bila dia book GH ni, dia cakap seminggu dua dari tarikh datang. Apekah? Question mark aku dalam ati. Tak tau la dia booking via booking.com ke ape or direct dengan owner.Aku booking dah sebulanlamanya kot. Aku tetap tak puas ati.

Mentang-mentang lah aku berdua je dengan Aniem, we ouls kena campak kat underground tanpa ade guests yang lain. Sunyi dan sepi. Menakutkan pun ade.Privacy katenya. Privacy jenis ape kalau kitorang merasa macam datang menumpang kat umah orang je gayanya. Kalau free aku sanggup la semalaman kat sini, Tapi ni we pay kot. Mahal kot 25,000 Won semalaman kot. Lebih kurang RM87.50 kot. Tak berbaloi! Bukannya semalam baru kitorang booking GH ni tau.

Sambil tunggu kain siap basuh, aku pun ibarat guru disiplin buat spotcheck kat toilet, pantry dan sekeliling. Sebab first impression aku masa masuk GH ni, aku rasa GH ni berdebu. Cam lama tak menyapu. Cleaner lari ke? Pengaliran udara pun macam tak ade.

Yes, seperti dijangka, toilet tak bersih (tak tau la kalau tak bersih sebab guests yang pakai), kelengkapan dalam toilet tak lengkap.

Dah tau ramai orang melayu yang datang GH ni, patutnya sebagai orang yang dah betah dengan adat dan budaya melayu(owner orang melayu), patutnya renovate or sediakan baldi ke ape ke untuk kegunaan nyah tinja dengan sempurna. Hang pa jugak yang rasa hepi bila guest pakai toilet elok-elok. Ni tak, bersepah air.

Kite expect, duduk GH Malaysia, kot la dapat melabur dengan bahagia cam kat umah. Ni, langsung macam toilet awan Korea, means tak de air. At least public toilet korea bersih, ahjuma rajin bersihkan :P. Pili air jauh. Yang disediakan pun gayung semata. Hmm.. pikei la sendiri cane nak beristinjak ye. Oh ye. Konsep toilet dia adalah sharing toilet. Maksudnya sesiapa je boleh pakai toilet ni. Kongsi dengan ajnabi lagi. Isk. Public toilet pun asing tau laki dan pompuan.

Aku memang anti skit klu toilet tak bersih. Kengkadang aku rela berlama-lamaan dalam toilet sebab membasuh toilet.

Klimiks aku rasa irritating dan tak teragak-agak untuk pegi install booking.com kat hp aku cari GH yang lain utk malam esok adalah sebab mesin basuh tu spin tak keringgggggg!!!!

Sakit ati..siyesly..huhu,dah la tempat sidai kain tak de..Huhuhu. Bertalu-talu pancaloba malam tu menjadikan malamku panjang dan memang aku bertekad untuk CARI GH yang lain right now, within budget dan lupakan tentang hiruk pikuk Kota Gangnam!

Aku dah tekad, esok kita gi K-POP street dan terus ke Seoul Station je, sebab aku dah booking GH baru untuk esok iaitu 24 GH Seoul Station Premier. Ayuh nim, jangan kita serabutkan kembara kita dengan perkara yang tak sepatutnya. Aniem pun sama bengang je cuma dia cuba untuk pasrah. Aku pasrah tapi tak redha,hahaha. Dari awal check in sampai klimiks tu aku duk mencari benda ape yang ade kat GH tu agar membuatkan aku serasi dan ingin bersamanya sepanjang masa. OBSO! Jadi, dari otak aku bising bermonolog mengamuk, baik aku amik tindakan!

Maka tindakannya adalah, keluar dari GH tu secepat mungkin agar diri kami tak dibelenggu misteri. Malam tu aku mintak Husna gtau owner tu yang kitorang nak refund utk malam esok punya charge. Sepatutnya tak boley sebab benda dalam system booking.com tak confirm la camane ntah, tapi Husna cakap aku ngan Aniem pun kena gi Busan jugak keesokan hari. So, owner tu bagilah. Aku tak kata la yang we ouls tak leh duk kat situ atas sebab-sebab kat atas tu. Malas nak panjang cite.

Pagi esok,aku tanya staff tu ade bos gitau pape tak. Dia cakap ok aku bley refund. Dia ade tanya ok tak bilik tu. Aku senyum kata ok jela. Hahahaha.

So, aku tak yah conclude la pasal GH ni kan. Korang nilai sdiri lah. Up to you nak stay sini ke tak lepas baca review aku ni. Maybe aku kat situ at the wrong time, so dapat lah merasa keadaan cenggitu. Maybe sekarang diorang dah improve hospitality diorang. Arap la kan atau FNSquare akan berdepan dengan customer cam aku. Aku kire okey lagi sebab tak membambu orang seska ati. Paling dasssyat pun tulis kat entri ni je la. Satu entri ni je yang mengenengahkan experience aku semasa di GH ni.

Jadi Nikki Ada bagi setengah bintang sebab ihsan daripada mesin basuh separa menjadik, dan adik kaunter yang senang berkompromi. Even bilik yang aku tido tu pun kehangatan sangat, tak tau la termal yang diorang pasang tu suhu berape sebab terasa panas kot masa subuh tu. Aku siap kena bukak tingkap bagi udara sejuk masuk. Aneh gile. Mujur gak, sebab dapat memberi kelegaan kat tapak kaki aku dari semalam meraung, Cik Ada, mohon usah berjalan, daku penat. Dah la duk underground tak tau nak report kat sape.

Dah, aku nak lupekan memory aku kat GH ni.
Sampai hati wat kitorang cenggini. Wooowwowwoo~

Ape pun hidup kena ceria sbb jap lagi nak gi tempat keja oppa

24 Guesthouse Seoul Station Premier

Aku book 24 Guesthouse kat Seoul Station lepas review banyak GH kat booking.com ni. Aku buat banyak pertimbangan macam lepas ni kemana hala tuju kitorang sebab banyak planning lari lantaran masa mencemburui kita. Pas bincang-bincang ngan Aniem, cancel untuk berseharian di Gangnam,separuh ari je kat area Gangnam ni, tu pun ke K-POP street plus Entertainment Company je sebab sebelah petang kitorang dah nak kena check in  24 Guesthouse kat Seoul Station. Pengalaman semalam mengheret beg dalam gelap malam sangat mengajar sebenarnya. Never do it again. Pesanan ajushi malam td tersemat dihati *hai ajushi kot-kot dia baca blog aku*

Petang dalam kul 5 ptg camtu sampailah aku and Aniem kat Seoul Station. Mencari 24 GH ni rasa azab jugaklah sebab perit mengingatkan pengalaman semalam. Actually 24 GH ni banyak branch dia dan yang aku rasa aaahh bila aku ingat kitorang dah tiba di destinasi yang betul berdasarkan GPS, rupanya salah parking. Aku dan Aniem gi kat 24 GH Seoul station tapi yang lain. Tu pun lepas receptionist (Korean) tu mention aku salah lokasi. Lokasi sebenarnya lepas kuar exit brape ntah, terus je straight, lintas jalan, straight dan sampai! Ceh, penat aku dan Aniem daki bukit.

Tapi part yang best receptionist tu tulun tunjukkan arah, sebab siyes kitorang tak tau. Dia siap tulun bawa bag aku ke Aniem lagi..hee..Kamsahamnida.

Sampai di 24 GH yang sebenar, staff yang hensem layan kitorang :) Bertembung dengan dua orang staff masa sampai kat GH tu. Diorang baru siap jemput guest dari Seoul Station kalau tengok luggages yang dia bawa tu. Part yang lucu masa receptionist tu menjerit kat sorang staff ni, cakap Mala i si ya saram wassoyo. Tuju kat kitorang la tuww. Dari jauh kitorang tgk staff tu senyum-senyum. Cam ade maksud kat situ sebab staff tu senyum-senyum tak sabar nak layan kitorang. Haa.. ni mesti peminat Shiela Hamzah ni. Ngee.

Lepas say kamsahamnida kat adik chomel tu, aku teringat coklat dalam beg bagi kat dia. Semalam dah la lupe bagi kat oppa. Sob, so sekarang tak boleh lepaskan peluang untuk bagi kat adik chomel ni. Orang berbudi, kita berbahasa. Dia terharu. Nak buat aku jadi kakak ipar la tew. haha.


Lepas siap bawakan guest dan luggages diorang ke dalam GH, staff yang sado sorang tu pun tanya aku ade berape beg, dia nak angkut nek atas. Seriesly semua? Aku buat muka. Aku tengok tangga yang kemain tinggi jadi aku bagi satu luggage, Aniem bagi satu luggage, selebihnya kitorang bawak sendiri. 



Stair..tooo many staaaair. Aku ngan Aniem dah la rasa nak patah kaki ni. Huhuhu. Tingkat 2 baru sampai kat reception counter. Aku bagi dia hp aku sebab receipt book aku tak print. Naseb baik dia paham, kot ingat aku tengah buat kool mintak number dia, masak.

Aku berdebar jugak kot-kot ade masalah sebab malam tadi baru booking kan. Tapi tak. Aku suka system keja diorang. Even diorang face problem pun, tu masalah diorang bukan masalah guest. Tapi aku tak buat masalah la. Haha.Selesai check in, staff sorang lagi pun semangat dah nak bawak luggages kitorang ke bilik. LEVEL 5. Huh! seriusly? Naseb je tangga comel secomel GH tu. Dan kaler kuning. Kalau tak, nak jugak aku berdrama korea kot-kot staff tu boleh angkatkan. Eh.

Sampai kat bilik, waaaaaaaaaaaa cantiknya.. macam hotel. Dua katil single, ade mini fridge, ade tv, ade bakul sampah, ada tisu, ade penyangkut kain, ade keetle, ade lampu tido, ade selipar, ade towel. Macam hotel. Dan paling dicari adalah attached toilet. Yeha. Toilet dia 5 bintang! tak yah describe. Aku puas ati.

Cam hotel dah interior GH ni



Toilet bersih, dan selesa dan deabak!
canggih dan cantik!

Mr. Bocita Namja cakap kalau ade pape panggil dia kat bawah. Dia ade je kat sini malam ni. Nak mintak angkut barang, serah je kat dia. Jangan angkut sdiri. Pergh, ade ke orang camni kat Malaysia? Mohon carik mak ayah aku..ngee.

Sini sangat best. PUAS HATI 5 bintang. Stair yang tinggi pun aku puas hati sebab ade orang angkut barang.

Belum lagi nak gi main kat Rooftop. Dalam gambar booking.com tu lawa sangat. Aku nih dah la memang suka rooftop-rooftop ni. Tak menyempat teros naik ke rooftop. Serius. Aku suka concept taman yang ditonjolkan. Pulak tu kat tepi ade sebuah bilik kecik. Aku usha la gi tengok bilik apekah ini. Lerr, rupanya pantry, aka little kitchen yang lengkap ade fridge, ade dapur, ade water dengan ice, ade coffee maker, ade pc kalau nak online dan memang aku rasa patut berada kat sini lama-lama.



Nampak tak Namsan Tower belakang tu?
Tak tunggu lama teros gi brew  coffee untuk dinikmati dalam cuaca sejuk



Yang best lagi, fridge dia. Siap tulis makan je ape saja yang ade dlm fridge ni. FREE OF CHARGE. Aku pun try buka peti tu. Nak tengok mende yang ade. Ade ayam masak merah, ade dalgi (stawberry) siap ada note, U can eat all friend. Perghhhhhh. Aku nak duk sini selamanyaaaa. GH ni sungguh warm welcome. Aku cakap-cakap ngan Aniem jom Nim apply kena jd tourist guide kat sini masa tengok ade vacancy kat pintu masuk GH. Hahaha.

Dining room yang kecik tapi lengkap
Please feel free to eat anything katanya.
Makan je pape, oh dalgi Korea yang sweet..
Mr. Bocita Namja tu tetiba je nek rooftop gak, ingat nak ajak bersembang. Tapi cam awkward moment lak  dengan dia dan aku pun batalkan niat dihati sebab aku rasa klise sangat. Hahaha. Aniem cakap dia cam ade interest nak sembang ngan kitorang tp tu lah. Kalau orang tak start, mana mungkin aku ngan Aniem start.

Hospitality GH ni memang tip top. Malam tu, aku gi rooftop lagi sebab, esok da nak check out. Jadi rasa nak spend masa kat rooftop ni lelama walaupun dalam sejuk. Siyesly aku suka. Dah la nampak Namsan Tower dari rooftop ni, deco dia simple je, tapi sejuk mata memandang. Lebih-lebih lagi dapat menghirup kopi free, Aniem habiskan saki bagi megi dia. memang syiok ah.

Nak jadikan cite, aku tertinggal access card dalam bilik. Ha. Eloklah. Yang aku pegi tinggal tu pun Aniem punya. Aku punya memang duk dalam bilik jugak. Dalam beg. Nak tak nak, kenalah gi cari staff kat bawah. Diorang takde sebab gi amik guests kat Seoul Station. So, aku tinggallah notes cakap aku nak access card bilik sebab tertinggal, aku tunggu kat rooftop ngan Aniem. Tak lama lepas tu,sorang lagi staff datang bagi access card baru kat kitorang. Deabak. Ju ha.

malam di rooftop.
Nyenyak tido kat sini, sampai rasa tak nak bangun. Haha. Lebih-lebih lagi pada hari last kat bumi sejuk ni. Hari last  x de aktiviti sangat, ingat nak pegi Bukchon Hanok Village dan Dangdeamun je. Tapi cane pun kena check out sebelum jam 11.30 pagi. Sempat layan Youth over Flower versi reply 1988. Pergh fresh dari ladang tanpa subtitle. Rasa nak je heret selimut tak nak pegi memane, sayang nak berjauhan dengan bilik. Sementelaah tema GH ni kuning putih. Hokshi na style!

Teak buat aku malas nak kuar bilik
Breakfast
Hari last, tengok-tengok dua orang staff malam tadi dah habis shift, so manager 24 GH yang amik alih jaga kaunter. Kitorang bgtau nak check out dan kalau boleh nak tinggalkan barang-barang kat sini dulu nanti kul 7.00 ptg kitorang datang balik amik, nak balik Malaysia. Manager tu baik hati tolong simpan barang-barang tu dalam stor diorang. FREE OF CHARGE. Yang bawak turun barang-barang tu dari level 5 pun dia jugak. Nampak kering, tapi luggage kitorang semua dia angkat skali gus. Fuh!

Mama Shin kitorang.haha
Sempat gak berbual-bual dengan dia. Ngan manager ni pun kitorang tak perasan tercakap Korea. Aku pun tak sure benda yang kitorang sebut tu accurate ke tak, tapi part yang best, dia paham. Siap berbual-bual pasal entertainment kat Korea lagi sebab Aniem cakap dia macam Shin Omma. Terus dia rasa bangga.Ngeee. Pastu cakap pasal Deahan Minguk Manse dan dia bukak sejarah asal usul ayah triplet tu rupanya cucu general Korea. Patut la Song Appa strict gile layan anak-anak dia. Baru ku tahu.

Last pukul 7 ptg datang amik luggages, Mr. Bocita Namja ade. Mr. Bocita Namja ni pemalu skit orang nya sebab dia tak pandai sangat speaking. Aku saje je masa turun tangga tu aku tanya dia, undong cuaheyo? dia amaze aku cakap Korea.hahaha. Time kat depan pintu masuk GH tu je, kitorang try bersembang-sembang tanya umur. Sebaya rupanya. Ingatkan dongsaeng.Hahahha. Coklat kitkat yang aku bawak tak abes-abes (bawak je makan tak), aku pun bagi kat dia tanda tima kasih atas hospitality yang diberikan. Ni kalau lama-lama kat sini ni, ade yang jadi tak balik. So, lepas anyeong-anyeong untuk kali ke berape ntah, maka mengheretlah lagi kami akan lugggages di pekat malam itu.

Nah gambo Mr Bochita Namja yang cbuk je kite duk amik gamabr dia menempel amik ais
Eh, tak. Aku lagi jatuh cinta kat oppa kat Gangnam tu. Sebab yang tu cam Lee Dong Wook. Ahahahha..

Pape pun. Nikki Ada bagi 5 Bintang kat 24 Guesthouse Seoul Station Premier. Kalau ade rezeki ke Korea, aku nak stay sini lagi. Nak makan dalgi lagi. Nak minum coffee lagi.

Mesti korang pelik apsal 24 GH banyak gambar, yang lain langsung aku tak amik gambarkan?

First sekali sebab GH tu kaler kuning. k bye.


In case korang mencari-cari entri #KeKoreaKita : 




Khamis, 1 September 2016

#KeKoreaKita: Itinerari perjalanan ke Korea Kita

.: Assalamualaikum:.

Anyyeong yorobun..

Nametag buat sendiri sehhh,Bangga nih..kekekeke

Kalau korang baca travel log #KeKoreaKita ni, mesti korang perasankan yang kitorang berpecah tiga selepas 3 hari kat Seoul. Tu sebab kanak-kanak rebina ade yang nak ke Busan, ade yang kena balik, ade yang nak ke Gangnam cari oppa. So, fair and square we ouls berpecah nanti hari last day kat Korea jumpa kat Seoul station untuk ke Incheon Airport.

Alhamdulillah semua survive :)

Nak itinery aku buat tak? haha. Email kat aku mintak ye kalau nak iti yang detail :niknursyuhada@yahoo.com

Nak yang biase, tak yah email. Korang tekun je baca tulisan aku ni. kekeke. Oh ye.

Day 1:KUL-INC

7.00 AM  :Masuk boarding gate, dalam flight
               :free n easy, makan, solat jamak qasar, lunch, isi borang
3.20 PM   :Tiba di Incheon Airport
               :Selesaikan urusan imegresen, ambil luggage
               :Beli T-Money, dapatkan peta, waktu solat
4.15 PM   :Ready ke 24 Namsan Guesthouse, Myeongdong
5.00 PM   :Check in, unpack barang, Rehat, tengok sekitar guesthouse
               :Myeongdong Street
8.00 PM   :Dinner di Yoogane Dakgalbi Restaurant
9.00 PM   :Balik ke Guesthouse

Berkampung di KLIA 2 tunggu transit
Sampai sana, terus top up T-Money. Tak susah pun, lebih kurang Malaysia je.


Day 2: NAMSAN PARK | PALACES | MYEONGDONG

5.00 AM   :Solat subuh
7.00 AM   :Light breakfast dan aktiviti bebas
               :Mandi dan ready ke Namsan Park
8.30 AM   :Ke Namsan Park
               :1st Destination : Namsangol Hanok Village (Seoul Time Capsule)
               :2nd Destination: Namsan Cable Car (Namsan Tower)
12.30 PM :3rd Destination :King Sejong Statue, King Sejong Memorial Hall, The story of King Sejong
               :4th  Gyeongbokgung Palace
               :5th Chandeokgung palace (Secret Garden: Optional)
4.00 PM  :M Plaza (5th Floor-Seoul Cultural Exchanges & Tourism Info Centre,Myeongdong (Pakai Hanbok free)
              :Lotte Young Plaza (shopping Mall) (SM Town Pop Up Store)
              :Olive Young (Cosmatic & Skin)
              :Window Shopping, Street Food (Kalau lapar, kita ke Lotte Ria)
8.00 PM  :Balik guesthouse. Solat. Tidur

Jumpa mamat Jerman ajak jadi geng untung-untung dapat diskaun fee entrance. Bijak-bijak

DAY 3: PATITE FRANCE | NAMI ISLAND | NANDAEMUN

5.00 AM :Solat Subuh
6.30 AM :Light breakfast, mandi
7.30 AM : Petite France
               Myeondong (Line 4) – Dongdaemun (Danggogye bound (Line1)) -Cheongnyangini (Soyosan bound) (pakai ITX  
               ke..)- Chengpyeong(kena reach bfore 11.30am)(Shuttle bus ke..)-Gapyeong (30min)- PF (1 jam 45 min)
              :Lunch
2.15 PM :Nami Island (Naik shuttle bas PF – Geumdaeri Hall- Nami Island)
              :Solat, jenjalan, makan angin, suka hati
5.00 PM :Bergerak balik, jeti (Gapyeong Shuttle Bus- Gapyeong Station) (5 min)
*7.00 PM:Nandaemun Market
              :window shopping (Brooch, gelang)
              :kebab halal
9.00 PM  :Balik guesthouse
              :Mandi, solat, packing barang (Busan Trip)
              :Seoul Bus Express

Kalau ke Gapyeong, jangan lupa singgah Petite France. Seswai utk org Malaysia yang petite. Ngee


DAY 4:  ENWHA WOMAN’S UNIVERSITY|SINCHON | HONGIK UNIVERSITY (HONGDAE) | YG INTERTAINMENT | YEOUIDO HANGANG RIVER

5.00 AM :Subuh
7.00 AM :Breakfast,Mandi
9.00 AM :Ewha Woman’s University
             :Sinchon, Makan
             :Hongik University (Hongdae), Shopping, Makan
3.00 PM :YG Entertainment (Hapjeong)
5.00 PM :Picnic di Yeouido Hangang River
8.00 PM :Balik ke guesthouse
             :Mandi, tidur
11.00     :Hantar Murni ke Airport | Trip ke Busan

Shopping timeee..


DAY 5: BUKCHON HANOK VILLAGE | INSADONG | DONGDAEMON |APGUJEONG & BUSAN TRIP

5.00 AM   :Solat subuh
7.00 AM   :Breakfast, Mandi
7.30 AM   :Bukchon Hanok Village ( Rumah Personal Taste No 46)
               :Insadong  Street ,Ssamziegil Building
10.00 AM :Balik ke guesthouse, kemas barang dan check out
2.00 PM  :Apgujeong, check in FNSquared, Solat, lawat sekitar
               :Galleria Department Store
               :COEX (SM Town Coex Artium (Mechandise)
               :Cheongdam-Dong Fashion Street (Area rumah retis)
               :Horim Art Centre
               :Hyundai Department Store
8.00 PM   :Balik ke guesthouse

Ke Bukchon Hanok Village kita


BUSAN TRIP:HAEUNDAE BEACH|GAMCHEON CULTURAL VILLAGE | MASJID AL-FATAH | JAGALCHI MARKET | BUSAN TOWER

5.00 AM  :Subuh, sampai Busan Train Terminal
7.00 AM  :Pantai Haeundae , breakfast, main-main, jalan-jalan, ngorat seagull
              :Gamcheon Cultural Village (Stair of star)
              :Masjid al-Fatah, Solat, Lunch di Cappadocia (Halal Restaurant)
              :Jagalchi Fish Market
10.00 PM:Busan Train Terminal (Balik ke Seoul)



DAY 6: KPOP STREET | ITEAWON |MYEONGDONG STREET | CHENGYECHEON STREAM

5.00 AM : Subuh
7.00 AM : Breakfast, ready untuk beraksi
9.00 AM : K-POP Street (Angujeong,Gangnam)
             : SM Town, JYP Ent, Cube Ent etc.
1.00 PM : Iteawon
             : Solat kat Masjid Iteawon
             : Makan kat Eid Restaurant
             : Jenjalan cuci mata
4.00 PM : Merentasi Dongdaemun, Nandaemun, Insadong Street market
8.00 PM : Balik guesthouse, mandi pack barang
10.00 PM: Ke Incheon Airport
11.30 PM: Incheon
              : Mari melawat Incheon Airport, Melepak dan mereput
6.30 AM : Check in dan drop luggage, Breakfast   
7.00 AM : Masuk boarding gate, dalam flight
             : Free n easy, makan, solat jamak qasar, lunch, isi borang
    

Add caption

Ha, nilah rupa itinerary yang dilakar dengan penuh perasaan. Kemain cantik menarik kau memang gebum! Tapi tak semestinya kena ikot 100 percent ye tuan dan puan. Itinery ni sekadar gambaran awal ape korang nak buat masa duk kat korea tu. Tak de itinerary karang susah korang nak gerak.

Stok makanan

We ouls pun ade banyak buat pindaan sendiri bawah akta sendiri tangkap muat bila dah sampai kat Seoul tu. Contohnya tang GH last minute tukar nak jimat punya pasal (sebulan sebelum gerak). Sebelum Nungmaru GH kitorang ingat nak stay kat 24 Namsan GH sebab kaler kuning (ye memang aku lah yang berkeras nak 24 Namsan tu sbb kaler kuning..haha). Tapi harga Nungmaru GH lagi murah, kita angkatt..haha

Ke Korea Plaza untuk mendapatkan segala benda freee

So, korang kena pandai usha-usha. Jangan usha sorang-sorang. Paksa yang lain usha gak dengan cara yang berhemah ye..haha. Kot korang salah pandang, orang lain boleh tulun pandangkan. kalau korang nak pegi sendiri tanpa guide, mohon distribute tugas masing-masing sebelum pegi. Kalau jadi pape, sama-sama responsible. Apreaciate each other effort,okey?

Aku untung sebab #sarangheacinguya aku boleh harap. Sorang tolong tengok tang transport, sorang tgkkan tang accomodation, sorang tengok tempat nak pegi, sorang tengok tmpat cenderahati mana murah, sorang tengok tempat makan best, sorang tengok tempat nak solat kat mane, sorang tengok mane barang bley free. Jimat banyak benda kot. Duit,masa tak ketinggalan friendship korang. hahaha..

Jangan lupa tukar duit siap-siap. Masa nak pegi tu alert la harga duit semasa ye. Untung dapat yang murah.
Contoh pengiraan bajet accomodation yang Husna buat
Last minute Nara Shi dapat Sim card free untuk setiap orang..fuh, Heaven!
Even until now group #KKK tetap ade tanpa dimansuhkan. Ukhuwah fillah #tilljananh katenya.

Sebab masing-masing alert dengan promosi tentang Korea, so nak tau, kitorang setiap sorang dapat free T-Money, discount tickets, FREE SIM CARD yang bernilai ratusan ringgit. Best kan.

Wwalaupun masa ni bizi dengan disertasi, iti tetap buat dengan sepenuh hati.

So, dengan semua dah manage awal-awal, plan siap-siap. Caya tak aku abeskan RM2290 untuk trip #KeKoreaKita ni.? Sebenarnya banyak lagi bley jimat tapi, once a girl forever a girl~ Shoppinggg..haha

Nak detail maklumat pasal Korea, korang belilah buku I AM A BACKPACKER:KOREA, serious membantu!
Nak fefeeling duk kat Korea, baca blog aku..kekekeke.


Sangat membantu. Beli dan bacalah!

Rabu, 24 Ogos 2016

#KeKoreaKita:Masjid Itaewon dan Cheongyecheon Stream

.: Assalamualaikum :.

Annyeong.

Tak cukup korum. Eh mane Murni time ni? Hmm..
Panjang sangat setiap kali bercerita. Dalam satu hari pun kena ber- part-part bagai..huhuhu.. dan aku arap aku sempat habiskan cite #KeKoreaKita ni dalam tahun ni sebab, mane la tau tahun depan ade rezeki ke sana jumpa mak mertua pulak..lalalala~

Salam perantauan dari sayaaaa..
Kita sambung lagi cite kat Masjid Itaewon dan Cheongyecheon Stream.

Lepas makan dan re-charge energy kat Eid Restaurant, kitorang teruskan perjalanan ke Masjid Iteawon sebab, of coz la nak solat jamak qasar. Waktu dah banyak berlalu, masa untuk re-charge internal energy. Makanan untuk jasmani dah, makanan untuk rohani la pulak kan. Lokasi Masjid Itaewon tu dekat sangat lah dengan Eid Restaurant, jalan kaki (selama ni pong memang jalan kaki jugak walaupun jauh eh) je sampai. Masuk pintu gerbang masjid tu, kena panjat bukit bertar dan jumpalah masjid tu atas bukit.  

Pintu gerbang masjid.


Gah tinggi atas bukit, masjid ni selalu menerima lawatan dari orang Korea. Lepas mendaki bukit, mendaki pulak tangga masjid HAHAHA, ape bley buat, diorang memang suka tinggi-tinggi ni. 

ha..panjat la bukit bertar tu ye nanti

Senibina masjid mana-mana same je bagi aku even di Korea tak terlepas. Mesti area wuduk jauuuuuuuuuuh di belakang kalau untuk muslimat. Outdoor pulak. Tau dak susahnya nak kena bukak tudung, pastu basah-basah kena pakai balik,pastu kena jalan lagi gi tempat solat. Mohon architect masjid concern this one thing time nak buat masjid baru.HUHUHU. Tu je slack di kebanyakan masjid kan.

Masjid Terbesar di Seoul
Tapi dah biasa dengan benda cenggini, so small matter lah, lepas amik wuduk, naek atas area muslimat dan solat. Tak ramai orang yang ade, maybe sebab da hampir hujung waktu(ngee~). Yang ada cuma rakyat Indonesia dan Malaysia. Eh ade jugak sorang Korea yang duk solat. Teruja jugak la tengok, nak tegur malu, jadi tengok la sipi-sipi je la. Kang tengok dia dengan penuh perasaan kang dia pekei pelik lak.nge

Siap solat, azan asar berkumandang, Erk da asar ke? (Ngee, nampak sangat lewat solat). Sebenarnya tadi dah cepat-cepat bersiap nak solat. tapi kekadangan dari cuaca sejuk melambatkan pergerakan (alasan). Tapi tak ape, kita kan musafir, jamak dan qasar kabliah dan bakdiah kan ade. Gunalah ruksah yang Allah bagi tu.


Akhirnya,impian kesampaian untuk berada di Masjid ini.
Sambil duk menunggu bebudak ni bersiap, sempat la memerhati perkarangan Masjid Itaewon. Ramai jugak yang datang solat asar kat sini. Mungkin tempat kerja area berdekatan. Orang Korea yang tahap harabochi, ajushi pun boleh tahan ramai.Janggut panjang macam shifu dalam cite Kungfu kot.Ngee..

Berdasarkan rancangan yang aku tengok kat youtube pasal orang Islam di Korea, ade je orang Korea dari asal lagi beragama Islam. So, agak tak peliklah kalau ada orang Korea yang beragama Islam. Tapi yang membuat aku impress adalah camane diorang jaga ketakwaan diorang dalam arus modenisasi dan pembangunan kat Korea ni. Yang tu hebat. Even aku sangat impress kepada remaja-remaja yang sanggup revert Islam sementara kawan-kawan diorang duk sibuk kejar benda-benda dunia.

Ade satu temubual dengan mualaf. Dia cakap, semua tu tak susah (makanan, sosial life, bekerja etc), dia boleh cope, tapi satu je dia takut. Iaitu takut kalau-kalau Allah tarik hidayah yang diberikan. Setiap hari dia audit diri,tanya diri camane hubungan dia dengan Allah ari ni? Hebatkan?

Kita yang dilahirkan dan membesar dalam family Islam pun ade yang rebel, nauzubillahimin zalik, mujur omma, appa bagi didikan agama sejak kecik lagi untuk kembangkan pemikiran aku. Naseb baik dari kecik lagi didedahkan dengan tauhid Allah. Alhamdulillah.

(Tazkirah ringkas dari Ustazah Nikki..kuikuikui).

Lepas mengukur kelebaran Itaewon (padahal tak sangat pun sebab lepas makan dan solat, masa berlalu dengan laju) kitorang pun ke City Hall. Hajatnya nak gi kat Cheongyecheon Stream.

Dari Itaewon ke Cheongyecheon Stream ni naik subway. Iteawon Station ke Samgakji Station, tukar laluan ke Seoul Station, tukar lagi ke City Hall. Rasa da betul dah cenggitu. Mohon dapatkan peta subway k.HAHAHA

Teruju sebab sampai dalam sejuk-sejuk pun jalaaan.



Tak tau ni moden ke photographer. Hai Nara Shi.
Cheongyecheon Stream ni asalnya sungai Seoul yang saaangat kotor pada mulanya. Atas inisiatif yang diambil, stream ni menjadi antara salah satu daya tarikan pelancongan di Korea. Kita ciap boleh menyusuri stream ni, mendengar arus sungai yang mengalir. Fuh memang romantik habislah kalau pegi musim-musim bunga dengan oppa yang halal (ngee~). Tapi sebab aku pegi musim sejuk, halamak, suhu makin menurun lebih-lebih lagi hari da nak gelap dah.

Berjalan menyusuri stream diapit oleh bagunan pencakar langit
Us
Cheongyecheon stream yang jernih
Siyes ni adalah usaha yang patut diberi *miniheart* kepada kerajaan Korea walaupun pada asalnya mendapat tentangan yang hebat dan belanja yang besar. Bayangkan disebalik bangunan-bangunan yang gah berdiri, ade satu place yang korang boleh rasa tenang. Haaa..Kat Cheongyecheon Streamlah tempatnya.

air terjun buatan dengan muka tahan sejuk

Throw a coin and make a wish. Aku throw a picture je lah sebab tak de siling. satu lagi sebab sejuk ngatttt..
Duit yang dicampak tu akan diorang collect. So, nak throw duit pun boleh sebagai tanda bersedekah kekeke
Sejuk pun sejuklah janji bley jenjalan kat situ. 

Malam muncul, dan kitorang kena bergegas untuk ke destinasi masing-masing. Busan cingu  plus Murni ke Seoul Station tunggu KTX diorang untuk berlepas malam ni. Murni naek AREX untuk ke Icheon Airport dan aku dan Aniem balik ke Myeongdong untuk amik luggage untuk check in kat FNSquare, Apgujeong.

Dan, cite aku dan Aniem masih panjaaaang untuk mengakiri hari ke 3 kat Seoul ni.

City Hall-(Tukar)Seoul Station-Myeongdong-(Tukar)Chungmuro-Apgujeong.

Luggage terasa bagaikan ingin dicampak-campak sahaja lantaran berat dan sejuk. Eh mane bley, 2 katon banana uyu plus chopstick ngan sudu besi korea dalam tu. Amik balik luggage tu peluk dengan penuh kasih sayang dalam pekat malam yang dingin seumpama luggage tu Ahn Jae Hyun. Eh tak nak suami orang. Umpama Lee Dong Hae oppa. Err.. ajnabi. Ok lah umpama peluk omma. ngee..

Rindu kajuk di Malaysia.

Sambungan malam kat Apgujeong yang bittersweet tu kat sini


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...