marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Rabu, 30 September 2015

Majlis Hari Raya AidilAdha Isdev 2015


.: Assalamualaikum:.


Untuk Hari Raya Aidiladha Isdev 2015, untuk tahun ni, gerak kerjanya adalah kitorang la.. MISDEV 14.

Untuk pengendalian dari cari lembu, tumbangkan lembu, masak-masak, tempat, semua dalam skop kerja kitorang yang mana masuk dalam silibus Pengurusan Pembangunan Insaniah. Hebat tak bidang tugas keja kitorang?.. kendalikan upacara korban dan Majlis Hari Raya Aidiladha sekali.


Tapi sebenarnya, lembu, orang yang ambil/beli bahagian lembu, masak-memasak, tempat tu dah diuruskan oleh Isdev sendiri.. kitorang ni just melaksanakan amanat Prof dan para pensyarah lain agar Majlis ni menjadi realiti je.. kekekke..

Jadi, disebabkan Hari Raya Aidiladha jatuh hari Khamis.. dan untuk melakukan upacara qurban haiwan ternakan ni, hari last adalah hari Ahad (4 hari je dibenarkan untuk menyembelih haiwan qurban iaitu hari raya dan hari-hari tasyrik).. untuk info qurban lebih lanjut... mohon ke sini ..ngee..

Jadi, Ustaz Isam selaku tuan pengarah aktiviti dan para MISDEV14 bersetuju sebulat suara memilih hari Ahad untuk melakukan sembelihan disebabkan oleh kekangan masa (sebab raya of coz la semua nak bersama family dan tanggungjawab melaksanakan ibadat qurban tempat lain) dan hari Selasa pula, hari berlangsungnya Majlis Hari Raya Aidiladha Isdev 2015 di peringkat USM.

Program sembelihan lembu berlangsung kat Sg Bakap, jadi kesitulah kami, MISDEV 14 untuk bergotong royong.. sembelihan of coz la dilakukan oleh orang yang pakar iaitu dari pihak Pak Long (tukang lembu).. kitorang tukang lapah dan potong daging, dan tukang timbang, asingkan daging untuk Majlis Hari Raya dan untuk diberikan hadiah kepada fakir miskin dan lain-lain laagi la..dari pagi sampai zohor, situlah kitorang berada.. ngee...


 

 Sebelum lembu dikorbankan, Ustaz Isam selaku pengarah cum ustaz menerangkan tentang rukun-rukun sembelih haiwan korban, sesi Q&A pun juga berlangsung.

Ustaz Afnan pulak sebagai mursyidul Am Misdev 14, menerangkan simbolik disebalik pengorbanan,qurban dan raya aidil adha...

Bagi aku, secara peribadinya, bagus jugak adakan sesi penerangan camni di waktu ni untuk recalled balik ilmu-ilmu dan cerita-cerita yang selalu kita dengar di kuliah.. unutk kuatkan lagi perasaan kita untuk memahami ibadah qurban ni..

biasa kalau kat kampung-kampung, kita tau nak tumbangkan lembu je,tanpa hayati simbolik disebalik qurban tu..  





 Misdev 14 yang tak sabar-sabar nak potongkan daging..semua kitorang buat.. budak lelaki lapah..kitorang yang pompuan tukang potong dan lain-lain..amatur katenyaaa...kekekeke.. biasa dapat yang da ciap..ngee..

  but first let us wefieee...

aktiviti yang wajib..ahahaha..

 

Selepas kerja-kerja yang berkaitan dengan lembu.. amik nafas jap kat atas pondok rumah pak long ni..amboi mira.. sakan gaduh ngan Muhammad, anak kak bie nampak..



 ok.. ready... baru semua amik port masing-masing kalau ade camera kan..


Us.. Misdev 14 bersama Prof dan  Dr. Shahir. terima kasih sebab sudi datang tengok-tengok kitorang bekerja..heee..
penat tapi hepi sebab da selesai part 1..tunggu untuk Majlis Raya je nanti..





 Dititipkan oleh AdeYunita Mafruhat


++++++


Maka, hari selasa pun tiba.. dan kitorang pun mulalah bekerja kembali..ngee..

Majlis berlangsung kat Jabatan Pembangunan USM. Tahun ni, Isdev nak meraikan  orang-orang yang bekerja kat Jabatan Pemangunan. Nak raikan pakcik makcik cleaner, tukang dan staff seluruhnya yang bekerja keras dalam memastikan USM bersih dan cekap.. Nak meraikan wira yang tak didendangkan.. katenye..

Semua pekerja di Jabatan Pembangunan USM dijemput, termasuklah non-muslim... untuk non-muslim kite hidangkan juadah yang special untuk meraikan diorang.

Untuk majlis hari raya ni pun, kami masih menggunakan khidmat catering Pak Long Mak Long.. juadah dia cam kenduri..ngee.. the best!



 Shawls sponsored by Atas Loteng dan Aniemah Bunga Tangan & Cupcakes :P
 
 but, first.. let us wefieee...

wajib


 sebahagian dari gegurls Misdev14.. muka lawa lagi sebelum catering datang...kekekeke



kenape sume mengadap sane??masa ni tengah tunggu arahan tuan pengarah kite..


 Sementara majlis bermula.. pasangkan skating.. alih meja.. ubah tu ubah ni.. buat tu buat ni..


 Busy Puan Fadhliana kita...
 

 Ketibaan Dr. Wan dan staff-staff Isdev ke Majlis..



Misdev15 pun turut serta dalam mengemblengkan tenaga..


 

Orang dapur kitaaa...pakar dalam majlis kenduri kendara nampak.. berkenan??.. boleh la ke Isdev..ngeee




 Cik Ma dan kak Bi

Lantaran semua bizi time majlis berlangsung, ke hulu ke hilir melayan para tetamu.. jadi gambarnya.. tak de.. ;'(



 Lauk-pauk yang lebihan untuk di bungkus dan diedarkan kepada ajk dan semua yang terlibat..



Last, but not least.. gambar diorang lelaki yang bertungkus lumus untuk majlis ini.. kang cakap aku bias pulak asyik gambar titew je..

Orang kuat program..kekekkee

Maka dengan itu, selesai sudah tugasan pertama kami untuk kursus Pengurusan Pembangunan Insaniah. Tunggu program yang lain lain menyusul pulak..

Seronok bekerja dengan MISDEV14 walaupun mula-mula huru-hara, tapi kiotrang dapat kawal dan program dapat berjalan dengan lancar dan baik..

Semua pensyarah berpuas hati dengan Majlis Hari Raya Aidiladha 2015. :D

Alhamdulillah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...