marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Sabtu, 8 Januari 2011

it's really real !

.: In the name of Allah
the most Glorious and most Merciful :.

part 1

jam 5.00 pagi, ketika penghuni Kolej Kediaman AB masih lagi diulit mimpi, aku bangun mempersiapkan diri dan segala barang keperluan terakhir sebelum mendaki gunung yang tertinggi di Asia, Gunung Kinabalu. Sempat menghantar mesej ringkas kepada kawan-kawan sekumpulan yang lain Ah Fook,Abg Pijul,Bart,Boy,Vick,Pina,Ecah,Adah,Dayah dan yang terakhir kakak Ah fook, Kakak Mui. Hampir setengah tahun menguruskan aktiviti pendakian ke gunung kinabalu akhirnya ia bakal mencapai objektif untuk menawan puncak yang tertinggi.

Selaku pengurus,maka tanggungjawab untuk merosakkan mimpi-mimpi indah mereka harus aku lakukan. Kakak Mui sudah aku kejutkan awal-awal kerana dia menginap di bilikku.Sedang Kakak Mui mandi, aku sempat menggoreng nasi lebihan malam tadi untuk bekalan nanti sewaktu mendaki. Disebabkan roomates ku yang lain masih lagi menyambung cuti semester, aku kira, nasi ni pasti membazir kalau aku biarkan begitu saja.




hampir jam 6.00 pagi,van yang disewa sudah pun tiba di bus stop Kolej AB. sambil menunggu-nunggu semua sampai, aku berborak-borak dengan Uncle Markus selaku driver kami ke Kundasang, spesifiknya Kinabalu Park. Uncle Markus sangat baik dan bertimbang rasa, mudah berunding. dia tidak kisah walaupun kami sedikit kelewatan. Dia lebih suka ikut apa yang aku beritahu. Kami bertolak dari UMS tepat jam 6.30 pagi seperti dijadualkan. Hampir 2 jam perjalanan ke sana, gunung kinabalu sayup-sayup di pandangan mata, sangat teruja untuk memulakan pendakian sejauh 8.5 km itu. kami tiba di kinabalu park kira-kira jam 7 lebih. setiba di bahagian visitor place, kami diberitahu oleh pegawai yang mirip dengan mantan YDP kolej AB, Fansuri, kami akan dibawa oleh 2 org mountain guides. Dia juga memberi pilihan kepada kami untuk memilih sama ada mahu memulakan pendakian melalui Mesilau Trail ataupun Timpohon Gate. kami mengambil keputusan untuk melalui Mesilau Trail sebagaimana orang cakap di sana pemandangan yang indah akan dapat dinikmati. pegawai itu atau aku namakannya sebagai abang kepada Fansuri seperti tidak percaya kami akan menggunakan laluan itu dan berkali-kali dia minta kepastian. kami yang sudah teruja untuk melihat pemandangan yang indah bak kata mereka yang sudah mendaki melalui Mesilau Trail tetap berkeras untuk melalui laluan tersebut. bayaran untuk mountain guide bertambah RM30 menjadikan bayaran untuk mountain guide RM230. Pina selaku pengurup wang berlesen (yang diberi mandat oleh aku..haha) melakukan tugasnya mengutip duit dari setiap orang. note RM230 bertukar tangan, sempat sebelum meninggalkan kaunter "abang kepada Fansuri" itu mengucapkan "good luck" untuk menaikkan semangat kami sambil tersenyum-senyum. Aku fikir dia seorang yang peramah.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Mesilau Trail, kami terlebih dahulu ke Balsam Restaurant untuk mengambil lunch pax sebanyak 11 packs dan 11 batang tongkat sudah pun dibeli untuk kegunaan semasa mendaki nanti. Perjalanan 2 KM untuk tiba di Mesilau Trail nampaknya bukan sedekat yang dibayangkan. sungguh jauh dan berliku-liku, berbukit- bukit dan bersimpang siur. siapa lah dulu buat cadangan nak pergi ke Mesilau berjalan kaki??..alamatnya..sampai kepetang gamaknya..haha..kami asyik ketawa mengenangkan betapa 2km ke Mesilau Trail itu sungguh "dekat". Uncle Markus membawa kami jauh ke dalam. Udara dingin Kundasang mula menjamah rongga badan.

Sampai di Mesilau Trail, sekali lagi "Ceti Halal" membuat kerjanya mengutip bayaran tambang RM18 seorang dari UMS ke Mesilau Trail. Di sana, kami di beri taklimat ringkas oleh Dragon dan Joe selaku mountain guide kami. Rupa-rupanya, pendakian sejauh 6.5 KM sebelum tiba di puncak gunung bukanlah suatu kerja yang mudah. Ianya akan memakan masa dalam 6-7 jam bagi pendakian yang normal untuk sampai Ke Laban Rata, tempat penginapan kami nanti. aku mulai paham kenapa abang kepada Fansuri tadi seakan tak percaya dengan kebolehan kami selaku pendaki yang setahun jagung..dan aku mulai ragu dengan kebolehan aku sendiri.

kami memulakan pendakian kira-kira jam 9.45 pagi. Sempat kami bertemu kumpulan Ken yang seramai 47 org. bertegur sapa dengan rakan-rakan sekelas yang semuanya chinese (dan semuanya ponteng kuliah pertama Tuan Aji dan Puan Sha ==") dan kami menghilang disebalik rimbunan pokok-pokok hutan. sempat aku curi pandang ke arahnya dan hati aku seolah-olah ceria..haha ;D



Perjalanan 1.0 km masih lagi bergandingan dengan group member yang lain kecuali Adah dan hidayah, sudah hilang dari pandangan..jauh di hadapan. kami pula, jadikan aktiviti pendakian ini seperti jalan-jalan masuk kebun supaya stress dengan laluan yang kadang-kadang naik..kadang- kadang turun dan sangat memenatkan..tapi apa pun, berbayar dengan anugerah pemandangan yang sungguh hebat dan cantik..penat dan lelah hilang apabila dapat menikmati panorama yang mengasyikkan. sempat kami bergambar-gambar kerana bukan mudah untuk berada di sini..sekali seumur hidup mungkin! beberapa jam pendakian, aku kehilangan jejak Ah fook, kakak Mui, Abg Pijul, Bart dan Vick. bersama-sama aku adalah pina dan Boy berjalan menyusuri onak dan denai tanpa jemu tetapi sekali-sekala berhenti melepaskan lelah. Aku berjalan malas-malas untuk memberi peluang agar Pina dan Boy tak hilang dari pandangan dan di kilometer berapa entah la..aku seperti mengenali susuk tubuh seseorng yang sedang berjalan meneruskan pendakiannya..Ken..aku terpegun..cepatnyaaaa...ini bermaksud, dia sudah mendahului mereka di belakang. hebat..hebat!..teruja dengan kepantasan dia dan kawannya..aku pun mula bersemangat. berjalan merentasi pohon-pohon kayu hutan dengan perasaan kagum dengan mereka sampai tak sedar sudah meninggalkan pina dan Boy di belakang.Lantak la..sampai di pondok ke 3 (mungkin(?)), aku ternampak Ken dan kawannya lagi. berhenti rehat seketika. Sambil cas energy dengan makan-makan apa yang patut, aku diberitahu pondok seterusnya 1.5 km dari tmpat ini. Berkenalan dengan Che Yong(?), kawan Ken selepas Pina tiba di pondok tersebut dan diikuti oleh ketibaan Boy. kami duduk-duduk sambil makan dan berboral-borak dengan mountain guide dan sempat bermain- main dengan sekumpulan tupai yang jinak dan comel. Hati berbunga seketika ;D ..beberapa seketika wajah Chong Yun Fook kelihatan diikuti oleh ketibaan abg Pijul, vick dan kakak Mui. setelah bertenaga, aku, ah fook, pina dan Boy meneruskan usaha untuk berada di kilometer yang seterusnya.

tak sampai 100m pun, kami dilintas oleh Ken dan kawan-kawannya seramai lebih kurang 3 org. sempat ucapan " 加 油 " keluar dari mulut Ken setiba dia melintasi aku. aku sengih dan membalas perkataan yang sama. kami berempat berjalan lagi merentasi onak, batu-batan, tangga kayu yang curam lagi tinggi, sesekali berhenti 30 saat untuk meneutralkan tenaga. aku berjalan mendahului Ah fook dan yang lain. sesekali aku menoleh ke belakang untuk memasti kan jarak aku dan Ah fook tak jauh tapi dia sibuk mencari angle yang sesuai untuk menangkap gambar keindahan hutan gunung kinabalu dari berjalan menuju puncak. kini, aku keseorangan di dalam hutan yang tebal yang aku sendiri pun tak pasti siapalah yang akan datang tolong aku kalau- kalau ada benda yang tak diingini terjadi?...dan nama siapa yang aku jeritkan dahulu?org didepan kah? atau dibelakang kah? atau nama orang yang jauh disemenanjung sana? tersenyum sendiri apabila memikirkannya. sambil berjalan, aku cuba mengalunkan perlahan-lahan nasyid Asmaul Husna untuk meningkatkan motivasi diri sesuai dengan memuji kebesaran Yang Maha Pencipta. Penat dan lelah kini aku tak peduli lagi.Mendaki-daki tangga yang curam dengan harapan akan terserempak dengan siapa-siapa yang aku kenali.Sebenarnya, pendakian tangga kayu yang jarang-jarang itu sungguh berbaloi kerana tiba sahaja di atas, mataku dijamu dengan pemandangan yang sungguh mengasyikkan dari atas gunung. hilang sudah perasaan takut tadi diganti dengan perasaan indah membuai-buai. Cuba-cuba menangkap gambar di situ untuk di abdikan sebagai memori.. yeah!..take nothing but photographs.Leave nothing but footprints.Tema Kinabalu Park di tag nama itu sungguh bermakna. Sony Ericsson kini menunjukkan bar line coverage celcom penuh, apalagi, aku pun menghantar mms kepada Tikah,adikku yang ke-13 yang jauh di Kelantan. Iya lah sebab tiada siapa yang boleh aku kongsikan perasaan saat itu, jadi family must come first before anybody. tak puas dengan itu, aku menekan speed dail nombor 1, abangku yang sulung untuk memberitahu kedudukanku sekarang,lebih istimewa tempat yang tinggi di hutan gunung kinabalu.haha..bangga betul!..sambil cuma melengahkan masa agar bertemu kembali dengan groupmates, ah fook tiba-tiba melintasi aku ketika aku seronok berbual dengan abe yom. pina, kemudiannya aku kelihatan kelibatnya di tangga kayu melepaskan lelah.aku mematikan panggilan. sempat abe yom berpesan mengenai LI ku..haha..perjalanan diteruskan lagi dengan pina. kelihatan dia sungguh penat. aku sendiri pun hairan. "kenapa belum sampai lagi 1.5 km ni?.berjalan punya la terasa jauh" aku mengomel sendiri dalam hati. mendaki jalan yang curam sedikit, akhirnya kami tiba di pondok yang dimaksudkan oleh Ken tadi. Kelihatan Bart dan Af fook di situ. kami berhenti untuk cas tenaga. Bart kelihatan basah bermandikan peluh. katanya jauh dia berjalan tadi dan sekarang menunggu kami untuk berjalan sama-sama.dia cakap dari jam satu lagi dia menunggu di situ..dan dia berjaya menghabiskan semua makanannya.sekarang sudah mahu jam 2 petang..Bart bertanya sama ada ada apa-apa yang boleh dimakan lagi. aku teringat nasi goreng yang belum lagi habis di makan, aku simpan nasi dalam 2 bekas tapuware cafe..satu bekas sudah pun habis dibelasah oleh mereka dalam van tadi. yang lebih lagi terus aku bagi padanya. aku tak berkira sangat sebab sekarang tak lah sangat lapar. bekalan lunch pax pun masih lagi berbaki. cuma air sekarang semakin mengecil sukatan ML nya. lama kami di situ. berbual-bual dengan mountain guide kami, lucunya apabila guide kami bertanya adakah dia kelihatan sungguh tua sebab kami asyik memanggilnya dengan panggilan uncle, pakcik..dan dia menyuruh kami memanggil dengan nama "Dragon" sahaja tanpa ada title di depan. kami cuba bergurau betulkan sebab kenapa kami panggilnya dgn title tersebut untuk tunjukkan rasa hormat. sudah itu yang dia mahu..panggil sajalah. x payah bayar pun untuk panggil dia Dragon walaupun padaku terasa agak janggal untuk memanggil orang yang lebih tua dengan panggilan nama sahaja. semua yang berada di situ termasuk beberapa orang classmates pecah ketawa apabila Dragon cuba bergurau menanggil aku dengan panggilan mak cik.haha..sekarang baru aku tau apa rasanya." masih muda lagi bah saya ni, ndak layak masih dipanggil mak cik".





setelah tenaga kembali bercas, kami berempat berjalan sama-sama. seperti semua menyesal berpisah sekejap tadi. berhenti sama-sama sama ada mahu bergambar ataupun berehat seketika. sambil-sambil tu, kami berbual-bual dengan Dragon yang mempunyai pengalaman selama 11 tahun mendaki gunung kinabalu sebagai mountain guide. tentang dirinya sebagai penyanyi tempatan yang sudah merakam 2 album. Ada juga dia bagitahu keadaan Ecah yang mana sudah tak mampu untuk meneruskan pendakian ke Laban Rata kemungkinan akan menginap di rumah ranger lodge di Layang-Layang hut. aku kesiankan Ecah dan bimbang dengan semua yang lain. belum muncul. kalau ikutkan kelajuan kami, selayaknya memang tahap kura-kura yang baru bertatih..ataupun tahap bersiar-siar di taman. Ada saja bertanya itu dan ini dengan Dragon. Sesekali menyakat sesama sendiri dan berderai pecah ketawa. berbalik kepada Ecah, sebenarnya, kesihatan Ecah tidaklah sebagus kami sebab dia demam, tapi dia mahu juga datang sebab semuanya sudah dibayar unutk pendakian ini.RM 287.00 untuk pakej pelajar. kalau aku pun tetap berkeras mahu datang. sampai di kilometer seterusnya menghampiri Layang- Layang Hut, masing-masing ketandusan tenaga, di tambah lagi hujan renyai-renyai membasahi bumi hutan gunung kinabalu. jarak masing-masing sudah tidak sekata..makin menjauh lagi..di belakangku adalah Ah fook, di belakang ah fook aku tak pasti sama ada pina atau bart.aku tak tahu.ah fook juga hampir hilang disebalik selekoh-selokoh batu dan tanah tinggi.aku teruskan juga perjalanan yang hanya tinggal lebih kurang 2 km lagi untuk tiba di Laban Rata. aku mesti teruskan juga perjalanan supaya dapat tiba di Laban Rata sebelum matahari merajuk pergi.aku tak mahu dan tak sanggup bergelap di dalam hutan sendiri. tadi kata ah fook "kita akan sampai kebih kurang dalam jam 5 ptg" tektik untuk sedapkan hati sendiri dan sekarang jam menunjukkan hampir 4 ptg. perjalanan tanpa kepastian hanya mengikut laluan yang sudah berjejak masih lagi belum habis. menyusuri tangga berbatu bertanah liat dan hujan menambah lagi rasa hampa dan putus asa tapi memikirkan dia sudah di depan atau mungkin sudahpun selamat tiba di Laban Rata, aku teruskan perjuangan. Cabang 3 diantara mesilau trail,timpohon gate dan Laban Rata sudah jauh di belakang, kini aku bersama-sama ah fook tiba di kawasan gunung berbatu, mendaki tangga kayu yang curam, berbayar dengan sekali lagi pemandangan yang indah..mungkin tiada di bawah sana..bergambar- gambar dulu di situ dan tiba- tiba ah fook menjerit dia sudah nampak bumbung disebalik rimbunan pokok- pokok hutan..gembira sekejap dan membazir masa dengan bergambar.berbaloi juga kerana akhirnya pina dan bart tiba di situ. berjalan tak sampai 100m, rupa-rupanya bumbung hijau itu adalah pondok berhenti rehat willosa shelter ==''. bukan hut..bukan dorm..bukan Gunting Lagadan, tempat yang bakal kami menginap nanti. putus harapan aku dibuatnya.berjalan lagi merentasi batu- batan yang makin besar. kini aku di depan mendahului yang lain sebab letih menunggu mereka. di kawasan ini, sungguh indah..lebih cantik daripada bahagian bawah tadi.pokok- pokok yang tak pernah nampak sebelum ni, atau kalau nampak mungkin di dalam rancangan documentari akhirnya dapat dilihat dengan mata sendiri..subhanallah...sukar menggambarkan perasaan cantik itu. signboard menunjukkan sudah 5km (tapi rasa macam dah berjalan 50km [=.=]) aku berjaya menjelajah hutan ini.tinggal lagi 1 km untuk memberi peluang untuk badan berehat..duduk seketika sambil melepaskan penat di dada dan menunggu mereka yang lain.lama menunggu akhirnya kedengaran suara-suara mereka bersama..aik..macam cam saja suara tu..haha..akhirnya king (abg pijul) berjaya mengejar jejak kami. bergembira seketika.bersungguh-sungguh dia bercerita pengalamannya mengejar kami..habis senergy water, energy food, energy biscuit, energy gel dan semua jenis
bekalan energy nya digunakan untuk mengejar kami.haha..cuaca makin sejuk..masing-masing mula bersarung tangan. sambil berjalan, sambil bercerita dan bergurau-senda.sesekali ketawa pecah( memang betul-betul santai~) dan disebabkan aku sudah letih bergurau dan seperti tenaga sudah pulih (akibat bersantai-santai)..aku pun ambil keputusan untuk melajukan speed. harus tiba sebelum malam.itu matlamatku sekarang. melintasi beberapa orang warga thai, org kedah dan kawannya, classmates..akhirnya..keseorangan tiba di sebuah bagunan yang besar.aku kira ini pejabat operasi di Laban Rata la. pening-pening lalat keseorangan, tak tahu kemana harus dituju. terus ke dorm kah? perlu chek in lagi kah? yang penting Adah dan Dayah mesti sudah sampai..mana mereka?.dalam pening-pening memikirkan mana harus di tuju..masih smepat bermain dengan asap udara di mulut..waa..hebat tu..macam di korea..;D




aku ternampak seorang lelaki sedang menghisap rokok di luar bangunan tersebut dan bertanya dalam bahasa melayu mana aku patut pergi?.rupa-rupanya orang itu adalah warga thai ingatkan orang local.malu sekejap.(kalau ku tahu, akanku berbahasa inggeris dengannya)..jadi terpaksa la aku menterjemah pertanyaanku dalam bahasa inggeris (nasib otakku tak membeku macam badanku)..dia menunjuk supaya aku masuk ke dalam..aku fikir buat apa masuk ke dalam..macam restaurant saja..aku perlu masuk dorm..kemas barang-barang dan berehat sekejap. tiba-tiba seorang lelaki keluar dari pintu restaurant dan menjemput aku masuk.."aik..rasa macam pernah tengok..oh..kawan Ken"..blur seketika..mencari-cari wajah yang dikenali..oh..dia berbaju putih..mungkin lama sudah dia sampai..sdg sibuk..dia tengok dan aku cepat-cepat sedar..malu lah..apa lah aku ni..otak kembali normal..mungkin tadi terbeku akibat sejuk sangat. salah seorang dari ahli kumpulan Ken suruh aku pergi makan. La..dah dinner rupa-rupanya..berjalan 2, 3 langkah, tiba-tiba aku ternampak Adah dan Dayah membelakangi aku sedang menikmati makanan.cepat aku pergi memeluk Adah..untuk bagitahu dia aku sangat bersyukur tiba di sini dan jumpa diorang dan aku sangat sejuk..

Jam lebih kurang 6.30 ptg aku selamat tiba di Laban Rata.Alhamdulillah..pergi ambil makanan di kaunter makanan..tapi tiba-tiba rasa lapar menghilang apabila menyuap nasi dua, tiga kali ke mulut..ape kahhh??..tadi lapar bukan main..punyalah harga dinner tu RM60.00 nett..rugilah kalau aku tak makan banyak-bayak.15 minit lepas tu, Dragon datang bertanya yang lain dan berpesan supaya menapau makanan untuk yang belum sampai sebab jam7.30 ptg waktu dinner sudah habis.apalagi..kerja tapau- menapau giat berjalan. kelihatan ah fook tiba di depan pintu restaurant, cepat-cepat aku panggil dia datang supaya kejadian blur macam aku tadi tidak lagi berulang. kelihatan dia sungguh penat dan aku pun terus menghidang apa-apa makanan dan air untuk dia sambil tapau untuk yang lain." mana yang lain?" aku bertanya. dia hanya memberi isyarat dgn kepala menunjukkan diorang masih di belakang.jauh aatau dekat tak pulak aku tanya sebab kelihatannya seperti penat betul.jadi diam-diam la kami di meja makan.sesekali menambah lauk apa yang kurang sebab sekejap lagi masa dinner sudah tamat.

kemudian Bart tiba, 10 minit kemudian abg pijul dengan pina..dan aku Adah dan Dayah cuba sediakan apa-apa makanan dari kaunter makanan untuk mereka supaya mereka tak perlu bangun dengan kerap. keadaan aku tidaklah sangat letih dan kakiku macam belum lagi sangat sakit..hanya rasa macam gigit semut saja. dan yang paling penting, aku mampu tersenyum..itu lebih baik dari segalanya;D kecoh seketika dimeja makan apabila tenaga masing-masing kembali pulih seperti sedia kala.macam biasalah akan terjadi kalau kami berkumpul ramai-ramai. pasti sudah lupa di mana berada dan buat macam tempat sendiri dan aku sangat gembira begini. mengingatkan aku tentang rumah dan keluargaku jauh di sebalik gunung kinabalu ini. sesekali aku curi pandang sekeliling, dia memang sibuk.sekejap ke hulu, sekejap ke hilir mengambil makanan untuk kawan-kawannya..lagi, apabila kami berselisih aku macam tak ambil pusing dan peduli..padahal jauh aku pun rasa nak tegur dia..sekadar menghadiahkan senyuman mungkin boleh diterima kot.

tak lama selepas itu, kakak Mui dan Boy akhirnya tiba. kepenatan melawan cuaca yang gelap diluar sana meredah batu batan yang bertaburan di setiap denai.bersambung lagi cerita kami di meja makan, geng lelaki sudah pun naik ke bilik untuk menyalin pakaian dan mengemas diri. tinggal aku dan pina menemankan Boy dan Kakak Mui makan dan bercerita. akhir sekali, kedatangan vick melengkapkan bilangan ahli group kami sementelaah itu, Ecah sudah pun diberitahu oleh Dragon dia akan berada di Layang-Layang hut. berselera melihat Vick makan sambil bercerita pengalamannya di tengah-tengah hutan dikala mahatari membenamkan diri.

akur dengan kepenatan, masing-masing mengambil keputusan untuk merehatkan badan kerana esok jam 2 pagi, kami akan dikejutkan untuk menawan puncak gunung kinabalu. Jam 9.45 malam, lampu bilik nombor 7 dimatikan. semua nyenyak di buai letih dan penat berusaha keras sepanjang perjalanan ke sini. aku bersyukur kerana berjaya ke peringkat ini..dan dalam tempoh ini Allah memberiku pelepasan 'red light' untuk tidak melanggar perintahNya.

*************************************

tamat *part 1*
to be continue....

2 ulasan:

  1. gi lah..sedia duit banyok..tiket flight..tiket naik gunung.tiket insurans..beli barang2..dan bagai macam lagi..;D

    BalasPadam

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...